Sunday 28 September 2014

Silver (Ag) - How to clean your silver jewellery.

Sejak saya kecil, mama kata saya kurang 'rasi' dengan emas,so mama belikan saya perhiasan yang dibuat dari perak. Bila dah berkerja dan berkeluarga pun saya tak 'rasi' dengan emas sebab kalau takpun hilang, perhiasan emas saya akan akhirnya masuk ke pajak gadai tanpa dapat ditebus semula..(dushhh!!!) Bila saya kenal dengan suami saya, Malcolm..dia kurang setuju belikan saya emas sebab dia sangat risau dengan gejala ragut di negara kita ni. Jadi sampai sekarang, saya tak ada satu pun perhiasan yang dibuat daripada emas. It's ok. I'm very fine with it. Perak pun cantik jugak.

Satu problem dengan perhiasan perak ni adalah..kadang2 ia nampak kusam. Ada setengah sebab reaksi dengan kulit sipemakai atau terkena chemical dari perfume kita. Jenuh sental pun tak hilang. One day, saya cakap dengan suami nak bawa perhiasan saya ke kedai untuk dicuci (ada kedai emas yang sediakan perkhidmatan mencuci barang kemas..harga saya tak tau le..kena tanya). Suami kata tak payah lah so dia google cara2 nak cuci perhiasan emas. We came round to one cheap and worth-trying method.

Bahan2 yang diperlukan ;

1 cawan air panas
1/2 cawan cuka putih
1 sudu besar garam
1 sudu besar soda bikarbonit
1 keping foil
1 mangkuk kecil

Cara2nya;

Lapikkan mangkuk dengan foil(permukaan kilat diatas)..masukkan garam dan soda dan curahkan air panas yang menggelegak kedalam mangkuk tadi (hati2 ok). Selepas itu, masukkan pula cuka putih (ia akan menghasilkan bunyi fizzz)..and then you can place perhiasan perak anda dalam mangkuk tersebut. Biarkan lebih kurang 6-8 minit dan bilas dengan air bersih.
Selepas itu bolehlah anda keringkan dengan kain yang bersih.

Jangan sorok perhiasan perak anda yang agak kusam tu. Sayang je kalau tak pakai.
Try it!!..its very easy and it's works!!

No comments:

Post a Comment