Sunday 10 May 2015

Happy Mother's Day : To My Mom


Saya dilahirkan kurang sebulan dari tarikh lahir Shahanim Abu Hassan yang ke 17. I'm sooo used to people think that  i'm her younger sister. Hahahaha..Dah biasa bebeno bak kata orang Perak.
Meet my mom...more known as Kak Anim. Even most of my friends called her 'kak' instead of 'makcik'. She was born on 9th June 1958 to young couple Abu Hassan and Che Am. Anak kedua dalam keluarga and mama is the eldest to 7 younger good looking sisters and 4 younger brothers.

 Being a first born to a very young mother was very hard tau sebenarnya. Mama sangat aktif di usia muda (dont mean to say mom is old now but her health condition yang banyak membataskan 'keaktifan' mama).
Seriously tau....Mama can run faster than me!!.. She was very good at sports. Saya??..Kelauttttttt!!!
My early memory though-out my childhood...i found my mama very garang. Over my teen years..saya selalu rasa yang saya ni anak angkat sebab mama garang sangat. Masa tu saya sentiasa rasa apa yang saya buat takpernah betul dimata mama. Very less i know about life at that time.
Saya berhenti rasa yang saya ni anak angkat bila satu hari saya terjumpa kad warna pink yang diusulkan dari jabatan kesihatan untuk bakal ibu. I am officially hers dan lagi satu bukti...hidung saya sangat copy paste dari papa saya, En Wahid bin Dopin. hehehe.

I grew older with too many questions floating in my head about life which i dont think i can ask mama. I only learnt from pengalaman hidup. Watch..Listen..and Learn. Everytime i saw my younger siblings hugs and kiss my mom..it brings tears to me, EVERYTIME!!.. Setiap kali saya jumpa parents yang panggil anak mereka 'sayang'..'baby'..'princess'....saya rasa macam saya tengok drama. Hahaha.. Sebab through-out my  years of growing up...nothing such happens (as i remembered).
But as i grew older...i know why. Saya tahu kenapa mama jadi garang dan tegas. All she wanted only the best for her children. Being a very young mother with too many kids to look after..She was always tired. Not a 'tired' tired...but a happy 'tired'.
I learn a lot from mama how to take care of my own kids. Mama did too many things so that she got time to spend with us. Mama pernah ajar tuisyen kat rumah just because thats the only way that she can have all her kids infront of her finishing our school homework. Mama jadi tukang jahit sebab dalam pada mama dapat upah jahit baju jiran...cara yang sama jugalah mama siapkan baju sekolah mahupun baju raya kami sekeluarga setiap tahun( baju saya mesti siap pagi hari raya setiap tahun..hihihihi...sabar menanti kat tepi mesin jahit). Bila kami mula melangkah ke sekolah menengah..Mama berniaga pulak kat kantin sekolah supaya dapat pantau pergerakkan anak-anaknya. Mama tak pernah tak pergi ke mesyuarat PIBG. Mama kenal cikgu-cikgu kami.. Masa sekolah dulu....Mama suka buat 'spotcheck'. Tetiba je mama suruh letak beg sekolah kami depan dia. Siapa yang ada homework tapi tak buat.....sila la kencing dalam seluar. Pasti kena 'PIAPPP!!' Sebab tu dulu,masa sekolah...saya takpernah siapkan homework kat rumah. Saya mesti siapkan kerja sekolah sebelum saya balik.

Mama paling tak suka kalau anak-anak keluar tengahari. After lunch, Mama always make sure us kids ada kat rumah. Mama akan suruh kami semua tidur. Mama selalu cakap "aku tak berkenan orang datang rumah aku tengahari rembang..aku nak tido... Kome pun jangan nak 'nerojat' pegi rumah orang ye. TIDO..."
Selalunya kami bangun dengan bau tepek tepung atas kuali. Cicah susu atau gula. Then kami pergi padang. Naik basikal ramai-ramai. Saya selalu duduk tepi padang tengok Mama main netball ngan kawan-kawan saya. Saya main netball??...Kelauuttttt!!!

I adore my mom.Shes very pretty. She can do almost everything. A brilliant cook. A singer with very beautiful voice. A very supportive wife. Very close to her siblings aswell. Mama saya tak suka bercerita pasal hal orang lain sebab hal kami anak beranak dan hal mama dan keluarga pun dah banyak nak dijaga dari jaga hal orang lain.
Mama selalu pesan that we can do everything that we wish to do. Yang paling penting usaha. Jangan merungut. Jangan mengalah.

Saya sangat bersyukur to be born as her child. She teach me to be the strong person who i am now. The words "I LOVE YOU" doesn't come out from her lips often but i know she love us more than anything in this world.

Mama..
Terima kasih atas segala ilmu yang mama share pada Ejie untuk survive dalam dunia yang mencabar ini.
Terima kasih atas segala kasih sayang yang tiada sempadan yang mama curahkan.
Terima kasih atas segalanya.
Mama..
Maafkan andai Ejie pernah  menyakiti hati mama.
Maafkan andai Ejie perbah menyebabkan airmata mama jatuh.
Mama..
Ejie doakan kesihatan terbaik buat mama.
Ejie doakan happiness untuk Mama dan kita sekeluarga.
Ejie doakan agar rezeki kita berpanjangan dari Allah Ta'Alla.

Selamat Hari Ibu Mama.
I love you.

Ejie.