Sunday 28 September 2014

Silver (Ag) - How to clean your silver jewellery.

Sejak saya kecil, mama kata saya kurang 'rasi' dengan emas,so mama belikan saya perhiasan yang dibuat dari perak. Bila dah berkerja dan berkeluarga pun saya tak 'rasi' dengan emas sebab kalau takpun hilang, perhiasan emas saya akan akhirnya masuk ke pajak gadai tanpa dapat ditebus semula..(dushhh!!!) Bila saya kenal dengan suami saya, Malcolm..dia kurang setuju belikan saya emas sebab dia sangat risau dengan gejala ragut di negara kita ni. Jadi sampai sekarang, saya tak ada satu pun perhiasan yang dibuat daripada emas. It's ok. I'm very fine with it. Perak pun cantik jugak.

Satu problem dengan perhiasan perak ni adalah..kadang2 ia nampak kusam. Ada setengah sebab reaksi dengan kulit sipemakai atau terkena chemical dari perfume kita. Jenuh sental pun tak hilang. One day, saya cakap dengan suami nak bawa perhiasan saya ke kedai untuk dicuci (ada kedai emas yang sediakan perkhidmatan mencuci barang kemas..harga saya tak tau le..kena tanya). Suami kata tak payah lah so dia google cara2 nak cuci perhiasan emas. We came round to one cheap and worth-trying method.

Bahan2 yang diperlukan ;

1 cawan air panas
1/2 cawan cuka putih
1 sudu besar garam
1 sudu besar soda bikarbonit
1 keping foil
1 mangkuk kecil

Cara2nya;

Lapikkan mangkuk dengan foil(permukaan kilat diatas)..masukkan garam dan soda dan curahkan air panas yang menggelegak kedalam mangkuk tadi (hati2 ok). Selepas itu, masukkan pula cuka putih (ia akan menghasilkan bunyi fizzz)..and then you can place perhiasan perak anda dalam mangkuk tersebut. Biarkan lebih kurang 6-8 minit dan bilas dengan air bersih.
Selepas itu bolehlah anda keringkan dengan kain yang bersih.

Jangan sorok perhiasan perak anda yang agak kusam tu. Sayang je kalau tak pakai.
Try it!!..its very easy and it's works!!

Saturday 20 September 2014

2 malam di Mesir ( 2 nights in Egypt )

Bila ditanya soalan..namakan satu dari 7 keajaiban dunia....dengan mudahnya,.ramai mesti menjawap piramid. Dimana letaknya piramid? Jawapannya mestilah di negara Mesir atau Egypt. Ramai yang tidak tahu..sebenarnya Mesir terletak di utara benua afrika. Keseluruhan populariti Mesir dianggarkan seramai 90 million!! Cairo merupakan ibu negara Mesir dan difahamkan in Cairo alone, there's 24 million people live here. Sangat padat.

So...when my husband asked me.."Where i like to go?" Saya jawap.."i want to see the pyramids". Kebetulan pula saya berada di tanah arab menemani suami..jadi saya rasa elok juga jika saya dapat melawat negara berhampiran. Jadi.. pada 16 september 2014, kami mulakan perjalanan dari King Fadh International Airport di Dammam, Saudi Arabia ke Cairo Airport di Mesir.
Penerbangan hanyalah mengambil masa 3 jam.
Mr B (suami saya) jarang arrange pick up from the airport to the hotel (he like to be adventurous)..but..as he have been to Egypt..he knew that its better to do so. (Tips pertama: arrange hotel pick up supaya perjalanan anda lebih mudah)
Even in my first few minutes in Egypt..i saw something that really amused me. One big guy waited for me and Mr B before we even been stamped to enter the country. He carried a welcome poster with our name on it. As british citizen have to have visa to enter Egypt..dia cakap pada Mr B supaya beratur dulu dan dia settlekan visa. (Malaysian dont need visa to visit Egypt). So kami pun beratur lah. That big guy settled Mr B's visa pastu talked to one of the officer. Pegawai bertugas stamp passport kami tanpa banyak soal. Semua beres.
Kami tak bawa beg besar so tak perlu tunggu lama di airport. Kebetulan teksi dari hotel yang jemput kami pun sudah menanti. We later been introduce to Mr Sharif. Small man 59 years of age with green eyes. Mr Sharif has been working for the same company for 30 years. Mr Sharif kata, you have to have 6 eyes to drive in Cairo! Sangat sesak!!. I dont think i can drive there. Honestly.

The great pyramids is located in Giza. So we have to drive about 1 hour 30 minutes from Cairo Airport to the city of Giza. Tapi desebabkan kami tiba di Mesir pada waktu puncak (5pm..org balik keje)..perjalanan tadi sudahnya mengambil masa 2 jam setengah. Itu pun kononnya dah ikut 'jalan pintas'. 
Kiri kanan highway padat dengan flat dan apartment. Ada yang nampak baru dan tak kurang juga yang hanya 60 peratus siap tapi ada penghuni. Kata Mr Sharif, cost of living di Cairo sangat tinggi. Flat paling murah dianggarkan berharga RM250k!!..Aduhaiii
Mr Sharif pointed to us 'wood cages' yang banyak dibina diatas flat2 kediaman. Katanya, itu sangkar burung merpati. Orang Mesir percaya kononnya memakan daing merpati yang digoreng dengan nasi boleh menambahkan kekuatan batin! Daging merpati ibarat Viagra orang2 Mesir!!..kikikiki.. Dia kata pasal itu orang di Mesir ramai. Saya dan Mr B ketawa dengar info tu.
(*no photo of the cages or the flats sbb jalanraya sangat sesak dan saya tak mungkin dapat ambil gambar yg cantik ketika ini..sorry)

So...kami melewati the famous River Nile atau Sungai Nil dan terus saja menuju ke Giza dimana terletaknya piramid and of cause our hotel.
Mr B has booked Mena House Hotel for us to stay. It was a big beautiful hotel built in 1869 for Egyptian King, Isma'il Pasha. The great Pyramid of Khufu and Pyramid of Khafre will be our view for 2 days! I never imagine such!!

Earlier, Mr Sharif ada tanya jika kami perlukan 'tour guide' supaya memudahkan kami belajar lebih lanjut tentang piramid ni. So..Mr B kata..why not Mr Sharif je yang jadi tour guide kami.. Mr Sharif jawap.. "well...yes sir..".."everything you like sir".. So we ask him to meet us at the lobby at 7.45 the next morning.

Mr Sharif wasn't there!!
We waited for 20 minutes and decided not to wait any longer. Kami jalan kaki je la sendiri. Tak perlu tour guide. Lagi pun piramid tu luar hotel kami je! Gate dibuka untuk tourist lebih kurang 8 pagi. Tiket berharga 80 egyptian pound (bersamaan 40 ringgit malaysia ) seorang.

There it was...in front of my eyes.. The Great Pyramid of Giza. Salah satu dari tujuh keajaiban dunia dan satu2nya yang masih kukuh berdiri. Ia dahulunya adalah makam pemerintah Mesir. Piramid pertama dan terbesar dibina lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Pyramid of Khufu memegang rekod mercu tertinggi dan terbesar didunia selama 3,800 tahun! Hingga kini..pakar2 masih mengkaji bagaimana piramid dibina.
Ada 9 buah makam keseluruhannya termasuk Great Sphinx yang asalnya dibina untuk mengawal makam2 tersebut. Saya tak masuk into any of the tomb..sebab kebanyakkan barang2 berharga sudah pun di ubah ke museum ataupun dicuri! So..saya cuma menghayati keindahan piramid dari luar. Wondering....HOW DID THEY DO IT?

Ada sebab kenapa anda seeloknya ada tour guide sepanjang lawatan anda ke sini sebab sepanjang masa anda akan disapa oleh local tour guide yang ramai berselerak dikawasan ini. Ada yang ajak naik unta lah...Ada yang ajak naik kuda lah...Ada yang konon nak bagi cendramata lah... Seriously...Mereka akan letak 'mini pyramid' atau t-shirt kat tangan kita..pastu mintak duit!! Sebab bila dah bertukar tangan...so kiranya 'jual-beli' telah berlaku. samada nak atau taknak..kalau kita dah pegang...kena la bayar.
Lebih handy la kalau kita ada tour guide (tips kedua: pastikan anda agree dulu bayaran untuk service tour guide ni sebab mereka akan suka2 je tukar harga).
                                                me with Pyramid of Khafre

me focusing on the Great Sphinx

Mr B and me with the sphinx
Mr B great pose!
me having a go too
i looked like an ant on the base of Khufu

Tips penting: kalau boleh belajar sikit bahasa arab yang basic macam selamat pagi ke...apa khabar ke.. sbb mereka (local egyptian) suka kalau kita boleh berbual dengan bahasa mereka. Plus not so much of harassment going on. saya terselamat sebab Mr B boleh sikit2 berbahasa arab. 
Kami luangkan masa lebih kurang 3 jam setengah menikmati keindahan piramid. (Tips keempat: kalau nak gambar anda tidak di'photo-bomb' oleh gambar pelancong yang lain...datang awal. pastikan bila gate dibuka je..you'll be the first to enter). Hingga kini, Piramid di Giza ni dah menarik berjuta pelancong singgah di tanah Mesir. You might be next!

Kami bercadang untuk pergi ke museum kemudiannya tetapi dibatalkan sebab sudah terlalu letih. What we did next was had a good warm shower and sleep!..hehehe.. Kami bangun pun waktu matahari sudah hampir meninggalkan kami. We later got dressed and enjoy the historical hotel we stayed in and had some good arab food.
 us at Mena House and |Great Pyramids on the background.

Lets put the Great Pyramids Of Giza in your bucket list. You'll enjoy it. I know i did.





Sunday 7 September 2014

Resipi mudah.. Kek Pisang



Blog hari ni special sikit...(pada saya le), sebab hari ni saya nak share resipi..(tersipu2 malu pulak).
Saya, ketika ini (Ogos-September 2014) berada di Saudi Arabia menemankan suami. Serious saya bagitau...hari2 saya asik belek Instagram,.Tengok orang share gambar baju lawa2..saya berangan. Tengok orang share gambar handbag lawa2..saya berangan. Paling kuat berangan saya bila tengok orang share tentang craft dan kek. Padahal saya bukan penggemar kek pun!
Melalut pulak dah kan...hihihi.

Ok..disini saya sertakan resipi kek pisang yang saya buat tadi.Saya ubah suai resipi yang saya jumpa di blog lain. Saya ikut apa bahan yang ada kat rumah je.
So..here we go....

Resipi Kek Pisang.

Bahan2nya :-
4 Biji pisang berangan.
2 cawan tepung gandum.
2 Biji telur.
3/4 Cawan gula perang (kurang manis dari gula kastor)
1 Sudu teh baking soda
1 Sudu teh garam.
1 Sudu besar perahan limau nipis.
1/2 Cawan minyak (saya guna minyak jagung)

Preheat oven 180'C. Griskan mentega pada Loyang pembakar.

Cara2nya :-
Ayak tepung dengan baking soda dan garam.
Lenyek pisang.
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan pisang dan gaulkan bersama adunan tadi.
Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit supaya adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis dan minyak.
Gaul lagi sehingga rata dan masukkan dalam kek.
Masak selama sekitar 50 minit-1 jam.
(saya masukkan kelapa parut untuk texture kek saya ni)
 
Sedap untuk minum petang dan sangat mudah membuatnya. Cuba lah!!


Tuesday 2 September 2014

Korea.... Part 1.

Wonder Girls, 2PM, T-ara, Girls Generation, Super Junior...ect...ect..

I am 40 year old mother. I don't listen to Korean songs..(menipukan...tu lagu nobody..nobody but chu tu hapa?..ahaks!) Ok..ok..dengar la jugak tapi tak la jadi ikutan kan. Sedar diri dah tua la kan.. I, sometimes pun layan jugak la drama korea. Comel-comel je semua kan? Cam nak satu je bawak balik  kan?
Tahun 2011, suami saya dapat tugasan di South Korea. Wahhh...sangat best la sebab masa tu memang demam K-Pop ni tengah melanda. Boleh la tinjau-tinjau kan? Malcolm pilih untuk tinggal di DMC Ville Apartment,tak jauh dari bandaraya Seoul. DMC ni singkatan untuk Digital Media City.
me with the apartment
 Di sini la dikumpulkan segala macam high-tech..Macam2 ada. Saya je tak faham..tak cukup high-tech(hikhik) Kat sini jugak terletaknya bangunan utama untuk radio dan tv Korea. Macam Angkasapuri untuk RTM..tapi lebih canggih la kan. Banyak games atau drama untuk tv juga shootingnya di kawasan ini... Boleh katakan, hari2 kat bawah apartment saya ada shooting crew. Saya je tak kenal pelakon korea. Oppss.
Tapi..fakta paling menarik tentang DMC ni pada saya ialah..sekitar tahun 1978-1993, kawasan ini adalah tapak pembuangan sampah terbesar di Seoul!! Saya pun tak tahu la macamana nak cerita kat sini detail tentang camne depa bangunkan kawasan ni tapi saya tersangatlah kagum. Sampah2 di press..diratakan..dibersihkan..dan kawasannya dibangunkan. Boleh check out kat link ini.. http://en.wikipedia.org/wiki/Digital_Media_City
Moden arca jugak banyak kat kawanan ni. saya memang tak tahu langsung pasal arca. Amik gambar pandai la..hehehe
                                        one of the biggest modern arch in DMC

South Korea ni tak besar sangat pun. Kalau nak bercuti kat sini, ambil 4 hari 3 malam pun dah cukup rasa saya. Kawasan tumpuan pelancong dan tempat shopping pun tak jauh dari satu sama lain. Jalan kaki je senang.
Paling utama mesti la Gyeongbokgung Palace, located on the northern part of  Seoul. Dibina pada tahun 1395, burned dan langsung tak diguna pakai selama 3 abad.
Berlatar belakangkan Gunung Bugak, ia dibina semula sekitar tahun 1867 dan menjadi istana utama dan terbesar di Korea Selatan.
                                           the palace behind us

Kini...kawasan istana ini dibuka pada orang awam. Setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang ada upacara 'changing guard' di pintu masuk utama. So pelancong boleh la tengok upacara ni. Colourful sangat!!
                                                  changing guard ceremony

me,kids and Gwanghwamun guards
 
To be continued....