Tuesday 19 August 2014

That big cat.

Salah satu negara fav saya dan suami ialah Thailand. Very close to us. Banyak cara nak sampai sana. Tukaran wang pun bagus. Banyak sangat tempat dan aktiviti menarik boleh di listkan.

Post kali ini saya nak bawa anda semua ke western part of Thailand. Mari kita ke wilayah Kanchanaburi. Mengambil masa 2jam30 minit dari Bangkok menaiki teksi ...sampai le kita di sini. Apa yang ada di Kanchanaburi ni?..Ok pada yang suka museum (not me though..)..di sini ada Thailand-Burma Railway Museum...ada JEATH War Museum...ada Kanchanaburi War Cemetery.  Apa? Tak best??

Saya bukan la nak cerita pasal museum ni.. Paling menarik pada saya tentang Kanchanaburi adalah ....(drum roll)..
 
TADAAAAA!!!.. A chance to be up close and personal with this popular beast. Dalam daerah Saiyok terletaknya Tiger Temple. Asalnya pada tahun 1994,ia  adalah salah sebuah tempat belajar sami2 Buddha kat Thailand ni.  Akan tetapi, disebabkan kawasan ini berhampiran dengan hutan..pada tahun 1999, temple ni mendapat anak harimau yang pertama(actually anak harimau tu di hantar oleh penduduk kampong ke sini sebab ibu harimau tu mati). Sayangnya, anak harimau yang pertama ni juga tidak lama hayatnya namun selepas itu..penduduk dari kampong berdekatan kerap la hantar anak harimau yang kematian ibu ke sini. Sejak itu hinggalah Julai 2014, dah ada 135 ekor harimau di bawah jagaan sami2 dan sukarelawan di tempat ini.
 
Tiket sebanyak 500 bath atau 50 Ringgit Malaysia dikenakan untuk masuk dalam Tiger Temple ni. Tak mahal kan....berbanding experience yang kita dapat. Priceless!!. Tambah RM100 atau 1000 bath..dah boleh join aktiviti mandikan or bermain2 ngan anak haiwan yang Nampak cute ni.
2010 : my kids with the cats
 
Tak takut ke?
Ramai yang bertanya. Takut tu tidak tapi gementar. Ye lah...Harimau yang kita tahu dan dengar adalah haiwan yang ganas. Gila nak pegang-pegang? Tapi di sini anda dapat menikmati pengalaman itu. Sangat luar biasa. Bulu harimau ni kasar sikit. Bukan macam kucing tau. Harimau di sini di train oleh sami2 Buddha ni. Ye..Kebanyakkan harimau2 ini  dirantai. Ada kontroversi  melanda Tiger Temple ni. Ada yang kata harimau2 ni di suntik sejenis dadah sebelum di'tayang' pada tourist. Namun, tiada bukti kukuh yang dapat mensahihkan tuduhan2 tersebut. World Wildlife Fund menganggarkan, sekitar abad yang sebelum ni, dunia kehilangan 97% dari popularity harimau ni. Hingga kini, dicatatkan hanya  3,200 ekor yang masih hidup.
Kegiatan membunuh haiwan ni atas kepercayaan bahawa kononnya darah or tulang or apa saja anggota badan haiwan ni, boleh menyembuhkn penyakit masih berleluasa. Setidak2nya dengan adanya Tiger Temple ni..dapatlah kiranya mengelakkan mereka dari ancaman kepupusan.
 
Kalau kita mengikuti sejarah  dunia...kita mesti tahu atau pernah dengar tentang Bridge of River Kwai (ada movie dan buku jugak tentang jambatan ni). Dikenali jjuga dengan nama Death Railway, jambatan ini dibina oleh tentara Jepun dalam perang dunia ke 2. Merentangi Sungai Mae Klong (kini dinamakan Sungai Kwai Yai), pembinaan jambatan ini bermula pada bulan Oktober 1942 dan siap digunakan pada awal Febuari 1943. Jepun menggunakan  sepenuhnya tenaga PoW atau prisoners of war atau senang cakap tentara lawan yang ditawan ketika perang dunia tersebut. Asalnya, Jepun bina jambaran ni sebab nak  bawa segala keperluan mereka ke Burma sebab ketika itu meraka sedang berperang dengan British di sana. Keseluruhan pembinaan jambatan ni hanyalah menggunakan tenaga manusia...so..kita boleh imagine la bilangan kematian ketika kerja2 dilakukan.
 
us in front of the bridge.
 
Seramai lebih kurang 60,000 tawanan dari india,cina,burma,indonesia,thai termasuklah tawanan british dan amerika dikerah membina jambatan tersebut. Askar Jepun sempat menggunakan jambatan ini selama 2 tahun saja. Sekitar akhir Jun 1945, jambatan ini runtuh akibat dibedil by British Army.
Anda boleh baca sendiri sejarah Bridge of River Kwai ni. Takde masa nak baca...boleh cari movie jugak. Boleh tau sejarah sambil makan kuaci. Hehehe..
 
Ok. Itu serba sedikit catatan saya tentang Kanchanaburi. It is never too late to learn about history. It's never too late to learn something in life. Di sini, setidak-tidaknya kita belajar 2 perkara yang sangat berbeza. Kita dapat belajar sejarah dunia.
Kalau anda pencinta haiwan pulak..bolehlah masukkan tempat ni dalam bucket list anda. Apa barang tengok harimau kat zoo dari jauh je kan..hehehe.. Kat sini boleh pegang2.. Oh ya.. sebelum terlupa. Nak pergi Tiger Temple ni, anda dinasihatkan tidak memakai pakaian yg bright tau terang2. Warna merah adalah dielakkan sama sekali. So..thats it!! If any of you guys have been to this place...lets share your experience with me. Write your comment below!. Krap Khun Kha.
 

Sunday 17 August 2014

Afternoon tea....Anyone?

Kebelakangan ni kita kerap disajikan dengan macam2 produk...sama ada untuk kecantikkan mahupun kesihatan. Orang ni makan produk tu...kita pun nak. Orang tu makan produk ni....kita beli jugak. Tapi kita makan tak habis... lepas tu kita kata produk tu tak sesuai.

Saya pun ada perangai yang sama..hehehe. Orang bagitau pasal produk..kita pun nak. Tapi orang tu minum/makan sampai abis..tapi saya punya masih ada dalam fridge atau dalam cabinet. Anak dara saya tanya tempohari..."tu nak buat hiasan ke ibu?".. Saya diam je. Malas nak layan. Ngeeee

Sebelum kita try produk yang mahal2..apa kata kengkawan try teh pudina ni or mint tea. Banyak khasiatnya daun herba ni. Murah je. Kat pasar, beli secekak baru seringgit. Jimat betul kan? Pudina atau mint atau menthe(dalam bahasa Greek) tergolong dalam family Labiatea. Setakat yang saya
baca, khasiat pudina ni antaranya :-

-sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
-bertindak sebagai antiseptic,antiparasit dan antivirus
-minyak yang diperbuat dari daun pudina boleh menghilangkan rasa loya
-minyak pudina juga boleh meningkatkan daya tumpuan (saya terbaca dalam Wikipedia tentang daun ini menyatakan, orang Greek zaman dulu kala guna daun ni yang dipintal jadi hiasan kepala untuk dipakai oleh anak mereka ketika belajar-salah satu ajen untuk meningkatkan daya tumpuan)
-ekstrak daun ini juga baik untuk kesegaran nafas
-penyelidikan menunjukkan yang daun pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukkan tumor
-ia melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid (kepada yang selalu menderita senggugut...boleh rendam daun ni dalam air panas dan minum)
-menjadi sumber galakan,the pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini membantu melegakan batuk berkahak dan kesakitan dada.

Di negara Thailand, penggunaan pudina ni sangat famous dalam penyediaan laab atau salad berdaging. Sedap sangat.
Ia murah. Mudah. Apa kata kita cuba?

(info from http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/04/18-khasiat-dan-kebaikan-daun-pudina.html , http://en.wikipedia.org/wiki/Mentha )

Thursday 14 August 2014

Goodday Mate!!..

Ok.. Hari ni saya nak share pasal negara Australia.

Meliputi keseluruhan 7.69 juta kilometer persegi, Australia menjadi pulau terbesar di dunia. Akan tetapi..ia juga adalah benua yang  terkecil  (we win some..we loose some.. hehe). Dari Perak (west) ke Terengganu (timur)..kita hanyalah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam memandu je dah sampai kan? Jarak Perth (west) ke Sydney (timur)..sama la jaraknya dari KL ke Perth. Itu pun naik kapal terbang tau!! 8 jam kalau tak salah saya. Imagine sendiri la besar mana 'pulau' ni. Saya katakan pulau sebab Australia keseluruhannya dikelilingi laut.

Seperti yg telah saya selitkan pada post lepas http://ejiebridges.blogspot.com/2014/08/travelling-tips.html , Nak masuk negara ni kena ada visa. Visa boleh dibuat secara online jek. Australia sangat jaga flora dan fauna negara mereka sebab kebanyakakn haiwan dan tumbuhan negara ni tak hidup di negara lain. So kalau kita bawak tumbuhan kita (yang kita tak pasti boleh bawak penyakit ke tak)..dan tak mustahil penyakit dari tumbuhan yang kita bawak tu boleh membunuh tumbuhan negara mereka.. Haaa..camtu le contohnya.
So..kalau nak pergi bercuti ke Australia...tak payah le bawak serai ke..daun kunyit ke.. Tinggal la kat kampong sekejap. Hehehe. Semasa di immigration nak masuk negara ni..kepada yg takut anjing...jangan la lari lintang pukang pulak. Sebab akan ada pegawai yang bawak anjing pengesan melilau kat area ni. Relax jek. Kalau kita tak bawak benda 'haram'..kita tak payah nak takut. Pengalaman saya first time masuk negara ni..saya ditahan untuk sesi soal jawap.Hehehe. Tak perlu risau...diorang cuma nak tau buat apa kita pergi negara dia? Kita nak kemana? Soal benda2 camtu je. Itu sebab saya nasihatkan...ambil tahu sikit tentang tempat yang kita nak lawati supaya kita tahu apa nak jawap bila kena soal. Just for your own knowledge.

that signboard and that rock can only be found in Australia..hehe*
 
Sebab Australia negara yang besar...Saya share satu2 ok? First trip...let me take you to Australia's Northern Territory. The capital is Darwin. Saya pilih nak kenalkan tempat ni sebab di sini lah letaknya Kakadu National Park. Dimana the famous Uluru (Ayers Rock) and Kata Kjuta (The Olgas) is located.
 
me with Uluru over my shoulder*
 
Uluru atau Ayers Rock ni dianggarkan sudah berusia 600 juta tahun!! Was originally formed under the ocean, and gradually hardened over the cause of hundred of thousand of years. The rock is made by sandstone (batu pasir).. Warna Uluru ni bertukar2..Kadang2 merah sangat..kadang2 oren sikit..brown  sikit..bergantung pada keadaan cuaca.  Berada diketinggian 348m (24m lebih tinggi dari Eiffel Tower di Paris) diatas paras laut tetapi sebenarnya dasar Uluru ni lebih 2.5km!! Ada trek untuk berjalan mengeliling 'giant red rock' ni. Ia mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam. Sambil jalan..sambil amil gambar..sambil enjoy flora dan fauna. (saya dan suami bertembung dengan wild kangaroo diakhir trek kami!!)
 
Walaupun puncak Uluru ni nampak flat je..tapi susah nak daki sebab treknya sangat curam. Setakat ini sudah 35 kematian dicatatkan sbb terjatuh ketika mendaki (ouch!!). Orang asli Australia (aboriginal) pun tak berapa suka bila orang luar panjat Uluru ni sebab pada mereka..ini salah satu tempat suci mereka (kena hormat la kan). Ada juga diceritakan...bahawa bila kita bawa balik cebisan batu dari Uluru atau Olgas  ni..akan ditimpa nasib malang atau sumpahan. Ada banyak kes..dimana si polan yang gatal2 nak ambil batu ni bawak balik...terpaksa pulangkan balik batu ni. Kalau nak bawak balik buat cenderamata pun..beli je la fridge magnet. Hehehe.. Janji selamat. Yedak!!
Saya dan suami  bercuti 3 hari 2 malam di sini. To see the sun rise and set depan mata memang menakjubkan. Kami pergi ketika musim panas. Masya Allah...memang panas betul!! Kena minum air lebih tau!
 
 
 
Uluru atau Ayers Rock dan Olgas mungkin bukan pilihan utama untuk anda melawat Australia. Kebanyakkannya memilih untuk ke Gold Coast atau Sydney atau Perth. Sementelah pulak ia sebuah pulau yang sangat besar (nak kemana2 makan masa sebab jarak yg jauh antara satu sama lain). Bahkan ramai rakyat Australia sendiri tak pernah datang ke sini!!
As one of UNESCO World Heritage side..i think Uluru is worth it to be in your bucket list.
 

Tuesday 12 August 2014

Dear Adam,

12 Ogos 2014

Happy birthday Dik!! Sorry I'm not home to be with you on your day but I'm sure that you are having a blast with your friends. You are getting older dik...but you will always be my baby boy. I have your back my son. Go on. Live your life. Taste all the sweetness of living. But don't forget..Life isn't all about sweet and bright colours. You might bump into dark alley which stink and full of bitterness. It's ok Adam. Learn to walk away from it. Always look ahead where you find a pinhole size of light. Walk towards the light. Its ok if your hand touch the dirty alley wall. It'll remind you not to go back. It's ok to be scared.  Make sure to just  keep on walking!!



Hari ni hari jadi anak bujang saya. Genap umurnya 17 tahun. Alhamdulillah..cergas dan tinggi orangnya. Mohamad Azmeer Adam nama diberi. Adam ni tak banyak kerenah. Dia tak banyak cakap macam kakak dia. Kadang2 Adam akan tanya saya kenapa Aina ada banyak cerita sampaikan dia nak mencelah pun susah.. hehehe .
Separuh dari usia anak bujang saya ni...saya lah emak..saya lah bapa. Nasib baik juga saya boleh share different interest between both daughter and son. Layan anak dara pergi book store sebab both Aina and I love books. Layan bola tengah2 malam sebab both Adam and me are football fans...(kadang2 dia dah tidur half game dan saya lah yang bagitau dia the result esok paginya). Dia minat bola....saya belikan kasut bola...saya pergi game dia(kalau saya berkesempatan). Kebelakangan ni anak bujang saya ni minat 'street-workout' pulak. Pun saya temankan...sampai ke Putrajaya saya bawak dia just to show him my fully support (suami saya kata..mesti anak saya malu sebab kena pergi dengan mak..cisss!!)
Teringat saya masa Adam di sekolah rendah, dia malu kalau saya datang semasa acara sukan tahunan sekolah sebab suara saya kuat sangat! Bila saya terjerit2 bagi sokongan masa dia sedang berlari..satu padang dengar suara saya je (hikhikhik).


 
 
Saya tahu saya dah ajar mana baik dan mana buruk pada anak2 saya. Membesarkan anak2 memang mencabar. Saya harap Adam ingat nasihat saya sampai bila2.


 
Happy birthday Adam. Ibu doakan yang terbaik untuk Adam. Fulfills  your dream. 
I LOVE YOU.
Ibu.

Monday 11 August 2014

Rwanda... land of a thousand hills..

Bila suami tanya saya apakah negara fav saya setakat ini...saya tak tau apa nak jawap sebab... lain negara..lain keistimewaanya. But what I can say is..one of my fav of cause la Africa. Kami berpeluang melancong ke South Africa berapa tahun yang lepas and since then..i fell in love with the beautiful country.
But untuk post yang ni..saya tak nak cerita pasal South Africa.. Today's page saya nak cerita tentang Rwanda...negara seribu bukit!!..Betul tau...ada banyak bukit. Nak pergi mana2 pun turun naik..turun naik.. Hehehe...
Hubby put in Rwanda as one of the places to go during our honeymoon. Honestly...I heard the name Rwanda...I know its in Africa..but other than that... I know nothing!! Saya malas... Saya tak pernah nak ambil tahu. Saya langsung tak cuba nak google walaupun suami dah bagitau mana nak pegi..apa nak buat..bla bla.. Yang saya tau...Pack bag...pegi airport...amik gambar klip klap.. Itu je. Alangkah salahnya cara saya tu (jangan dicontohi tau!!)

Rwanda atau officially the Republic of Rwanda disempadani oleh negara Uganda, Tanzania,  Burundi dan Democratic Republic of Congo. Ibu negaranya Kagali. Seriously..Jejak je kaki ke tanah Rwanda ni saya dah terpegun. Bersih sangat!! Difahamkan, Perdana menteri Rwanda tetapkan 1 hari dalam sebulan penduduk negara tersebut adakan hari gotong royong bersihkan kawasan masing2. Termasuk perdana menteri sendiri turun padang dalam gotong royong tu. Walaupun gotong royong tu dibuat sebulan sekali..tapi bila dah bertahun2..jadi good habit la kan. Anak2 pun tengok generasi tua jaga kebersihan...so depa akan continue la. Sebab tu la negara diorang bersih.
 
Kami menginap kat Virunga Lodge ni. Sangat cantik. Tempat ni dikelilingi oleh 6 buah gunung berapi. Gunung Karisimbi, Visoke, Mikeno, Sabinyo, Gahinga dan Muhovura.
(kat belakang saya nampak 3 buah jek)
 
Suami pilih untuk menginap disini sebab utamanya view yang to die for!!.. Lodge ni sangat private. Ada 8 buah bilik je. Boleh la bayangkan betapa privatenya. Tapi..during dinner..Lodge ni buat konsep makan bersama. Semua penginap akan berkumpul untuk dinner sama2. Everybody seat at long table. During dinner...semua bersuai kenal. Share story. Paling popular mestilah cerita pasal pengalaman masing2 jumpa gorilla.
 
APA?? GORILLA??!!
 
Yes..gorilla. Mountain gorilla.
 
Kalau siapa pernah tengok movie Gorillas_in_the_Mist mesti suka aktiviti ni. National Park ni betujuan menjaga kewujudan haiwan pintar ni. Individu paling penting dalam kewujudan taman ni adalah Dian Fossey. She arrived and set up research about gorilla in 1967. Masa tu kegiatan membunuh haiwan ini sangat berleluasa.. hingga kini pun ada berita tentang gorilla dibunuh now and then.
 Berjumpa secara langsung dengan haiwan yang hebat ni memang awesome!! Tapi sebelum tu..saya kena bangun awal supaya kami boleh berkumpul dengan tourist yang lain jugak di satu tempat. Dalam sehari..cuma 80 orang je bertuah dapat berjumpa secara langsung dengan gorilla ni. Kami dibahagi kepada 10 kumpulan.
Nak jumpa gorilla ni pun bukan jalan 2-3 langkah terus jumpa tau. You have to climb up mountain at least 1 1/2 hour. Kebetulan semasa giliran kami..hujan turun mencurah2. Sejuk sangat!!. Tapi segala pendakian memang berbaloi bila saja ternampak kelibat celebrity ni. Hehehe. Kami dibenarkan amik gambar..tengok kelaku baby gorilla selama lebih kurang 20 minit. Sangat berbaloi.
Semasa mendaki,focus kita hanyalah nak cepat sampai atas nak tengok gorilla. Sampai lupa nak tengok kiri kanan. Sepanjang jalan view sangat breath taking. Kebetulan semasa menuruni gunung, hujan pun dah berhenti. Everything was soooooo beautiful. Sekali sekala kami melewati rumah2 penduduk kampong sekitar. Anak2 kampung akan berlari2 datang dekat dengan kami. Diorang suka tau bila kita cakap English ngan depa. Bila kita soal something, diorang berebut nak jawap. 
(me with Rwandan kids.. they just too cute)
 
Diorang berebut2 nak tunjuk ngan kita yg diorang boleh berbahasa inggeris. Nak buktikan pada tourist yang mereka pergi sekolah. They are soo proud about going to school. Hubby read some tips about giving out pens or pencils or books to those kids so that diorang boleh gunakan untuk belajar disekolah. We were told not to but candy because its not good for your teeth!! So..suami pun beli satu kotak pen(50 batang) untuk anak2 ni. Handing out pen untuk anak2 ni bring tears to my eyes...sebab  kat rumah..pen dibuang2 je. Huhuhu
 
Another thing I didn't know but I should know about Rwanda adalah tentang apa yang berlaku dalam tahun 1994. Kejadian pembuhunan beramai2 tak kira kecil besar..tua muda. Kepala dipancung. Anak2 dibunuh. Segala berpunya dari sikap puak mempuak. Membeza bezakan antara kaum.
 
Semasa di Kigali..saya berpeluang melawat Kigali Memorial Centre http://www.kigaligenocidememorial.org/old/ dimana di situlah  saya belajar tentang sejarah hitam yang melanda negara yang cantik ni. Bengkak mata saya menangis membaca apa yang berlaku tak berapa lama dulu.
Ketegangan antara etnik bukan cerita baru.(saya je yang baru tahu..alahaiii).. Selalu saja ada rasa tak puas hati antara puak. Majority puak Hutu dan minority nya pula puak Tutsi. Nak diikutkan..takde  perbezaan ketara pun antara kedua2 puak ni, akan tetapi secara fizikalnya...puak Tutsi lebih tinggi dan kurus dari puak Hutu. Kuasa Belgium (yang pernah menawan dan memerintah Rwanda) memperkenalkan system puak mempuak ni. Mereka juga memperkenalkan 'kad pengenalan' yang mengkelaskan sipolan mana dari puak mana. Puak Tutsi diberi keutamaan. Peluang kerja dengan kerajaan lebih kepada mereka ni. Jadinya taraf kehidupan puak ni tinggi sikit dari puak yang lain.
 So dari tahun ke tahun...dendam jadi membara la. Puak Hutu jadi marah dan memberontak. Sekitar lewat tahun 50an, lebih kurang 20.000 orang puak Tutsi dibunuh. Ramai juga yang lari kenegara lain. Bila Belgium isytiharkan merdeka ke atas Rwanda pada tahun 1962, Puak Hutu jadi lebih ganas la. Apa je masalah..mereka akan kaitkan dengan kesalahan puak Tutsi. Dalam masa yang sama..Puak Tutsi yg dulunya melarikan diri ke negara jiran kembali bersatu. Tentu la mereka nak balik ke negara asal. Kedua2 puak ni berperang..bunuh membunuh antara satu sama lain. Tension is everywhere. Pihak media pulak mula mengutarakan propaganda jahat terhadap puak Tutsi. Siapa saja dari puak Hutu yang berjaya membunuh puak Tutsi diberi ganjaran. Sikap berperikemanusiaan terus hilang. Mereka membunuh dengan apa saja senjata. Anak kecil pun mereka sanggup bunuh bila dalam diri dah penuh dengan kebencian. Pada tahun 1994,dimana kejadian pembuhunan beramai2 ni berlaku..dalam tempoh 3 bulan saja (april-julai)...800,000 orang dibunuh. 800,000!!!
 
Saya duduk agak lama dalam Kigali Memorial Centre ni. Saya sangat sedih. We should have NEVER change a person into an object. Jangan membeza2kan antara kita. Jangan la mengkelaskan antara satu sama lain. Kita semua sebenarnya sama saja. Jaga lah lidah kita. Jaga lah bahasa kita. Kalau kita tak suka orang cakap macam2 tentang kita...begitu jugaklah orang lain tak suka kita cakap buruk tentang mereka. Jangan barakan perasaan benci membenci. Dendam itu jahat. Dendam itu sendiri boleh makan tuan.
Zaman IT ni..mudah je kita nak sebarkan apa saja. Love...hate.. Just one click...the whole world can hear you. Stop hating other people. Jangan sebarkan fitnah. Fikir panjang sebelum buat apa saja. Hidup kena ada pendirian sendiri. Jangan orang kata buat ni...buat. Buat tu....buat. Suruh boikot...boikot. Opss!!.. Ambil tahu dulu kenapa dan mengapa bila kita disuruh buat sesuatu. Jangan main ikuuuutttttt jek.
 
Right... That is Rwanda dari kacamata saya. Kenangan berada dinegara itu akan sentiasa segar dalam ingatan saya.
 
 
 
 
 
 
 

Sunday 10 August 2014

The other circle....

Alone.
Feeling lonely. Sadness. Tired.
Your mind start looking for someone who you can talk to. Someone who 'knows' you. Someone you 'know'. Not in your family circle but someone that you share your memories with. Someone who remember you as that 'comot little someone' that you used to be.Not someone you just say hi to. You looking for someone that you call FRIEND.

Semua orang pernah alami perasaan ni. Sunyi. Macamkan sepanjang hidup tak pernah ada kawan. Nak call siapa pun tak tahu sebab tertanya2..."nak ke dia kawan dengan aku lagi?"..."dia suka ke tak berkawan dengan aku ni?".."ingat ke dia kat aku lagi?"..... Atau paling teruk...feeling very insecure.
Rasa diri tak cantik...rasa diri tak popular..rasa diri tak perfect. Then we chose to caved in. Stayed being insecure. Feeling comfortable being uncomfortable.
Perlahan2 kita ajar diri kita percaya yang kita takde kawan. Kita ajar otak kita percaya yang takde orang suka kat kita. Slowly you hate being you. You envy others. Sadly you tried to be someone that you are not.

STOP!!.. Just stop right there!!
You are your worst enemy. Don't be sad if you think that you're not perfect because NOBODY is. Kita semua sama je. Takde lebih...takde kurang. Percayalah.

Ehem...
My intro a bit touchy touchy pulak kali ni kan..hehehe. Actually..yesterday I got a request from my best friend, Shima to write about friendship. I knew Shima my whole life!!.. Belajar tadika sama2. Pergi sekolah sama2. Jatuh motor sama2.. Hehehe. She's my bestfriend.

What can I write about friendship? Who is my friend?

To answer that questions....first..i must thank the brilliant brain behind social networking. Fully thanks to Facebook and Whatsapp which where I managed to keep in touch with my memories. Those times I thought that I have no friends has changed now. I found them! I found my schoolmates.
Jumpa balik kawan2 yang sekelas atau satu sekolah dengan kita dulu memang awesome!
Share cerita. Texting sampai laki kat sebelah jeling2..hahaha. Ketawa sorang2 dalam bilik meeting. Mata kat screen phone sambil senyum simpul. Kenangan masa sekolah memang terbaek!!
Talking to them make me know that I'm exists!! Now I'm very sure that all those school memories stories I told my kids are real. Saya tak reka cerita. Confirmed benar2 terjadi. Hahaha.
                                                 ana,shima,myself,azura,arliya,ani
happy 40th birthday to us



This year we met as fully adult!! We not just talk about silly school memories..,we shared new info as well. We talk about our children's educations. We talk about health. We talk about life. We talk about trust. We even talk about fish!!.. hahaha.
We changed, but that 'comot little someone' masih ada dalam diri kita. True friends will always stayed in your memories as you in theirs. If they still laugh at silly things happened 100 years ago..that means they still remember you as their friend too.
 
Keep in touch. Stay in touch. Jangan putus berhubung. Friends can turn out being as close as your family too. Hubungan silatulrahim kena jaga. Don't let yourself feeling lonely because you always have them close-by if you let them. Be a friend to your friends. In life..we not only have family circle... We have that other circle too. And we call them FRIENDS.




Saturday 9 August 2014

Resipi Mango Salad atau Kerabu Mangga (thai style)

I biji manga muda saiz sederhana (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
4 biji cili api (diketuk - boleh lebihkan kalau nak lebih pedas)

Bahan untuk sos:
3 sudu besar fish sauce
2 biji limau nipis (diperah)
2 sudu besar gula (dicairkan - jika dapat palm sugar lebih bagus)

Extra : kacang Tanah,daun ketumbar dan udang kering/kepal (goring tanpa minyak)

Campurkan semua bahan sos tu.. Agak le dulu masam,manis masinnya.
Mangga dan bawang tu..elok sangat siap dihiris dan simpan dalam peti sejuk sebelum digaul bersama semua bahan lain sebab lebis terangkat bila makan dan manga masih ranggup.

Tiba masa nak hiding...campur je semua bahan2 di atas. Sangatlah senang dan rasa pun sedap. Ita a healthy meal sbb no fat in it. Nak ratah camtu je pun boleh.

Cubalah!!

                                                        *my own mango salad

Friday 8 August 2014

Travelling Tips

I'm not a fashionista.. I don't travel with 10 different handbags. I don't carry heels on beach holidays. I don't have 5kg weight of beauty product in my luggage. I'm a LIGHT TRAVELLER.

Kadang2..kat airport ke...masa check-in kat hotel ke...bila nampak orang usung luggage banyak2..saya tertanya2..."apa yang diorang bawak?".. You on holiday...you don't need to pack your house into that tiny suitcase.

Saya tak suka buang masa tunggu bagasi. Once the aircraft  door open...saya tak suka buang masa jalan lenggang kangkung menuju ke immigration untuk masuk ke negara tu. Kalau dibuatnya kita berada di negara yg maklum sibuk..memang parah la...kena beratur panjang2.. Dah le berjam2 bontot kematu duduk dalam flight...nak beratur pulak ke?? Dah sampai kat arrival area,baru lah boleh lenggang kangkung kan? Baru lah boleh relax2.

Kali ni saya nak share tips sikit.. Lain orang..lain la tips dia. Kita tak boleh nak samakan dengan semua orang..Yedakk??

Ok...Paling basic dan paling penting :-
1)Passport..... kena la ada passport dulu (kalau nak keluar negara la)
Ada satu cerita bangang saya pasal passport ni. Few years ago..saya nak ke Australia..so dari Kampar(umah saya)...saya ambil keputusan naik train je ke airport sebab flight malam hari tu.. Selalunya kalau flight awal..saya akan bermalam dulu dirumah adik saya diKL.
 Dalam train...baru saya sedar yang passport saya tertinggal kat rumah!!!..Argghhhhh!!.. Kelam kabut saya call mama suh datang ambik saya di stesyen Tapah (nasib baik kat Tapah dah sedar passport tu takde...kalo dah sampai KL baru sedar????) Kena pulak tunggu mama...Balik ke Kampar balik ambil passport kat rumah dulu. Pastu naik bas la pegi KL..nasib baik la ada bas.. Saya sampai airport seelok je lagi 5 minit kaunter check-in nak tutup. Mintak nyawa...mintak nyawa...
2)Tiket (tak kira la kapal terbang ke..feri ke..bas ke)
3)Visa (ada negara perlukan visa...ada yg tak perlu.. Check online  dulu
http://en.wikipedia.org/wiki/Visa_requirements_for_Malaysian_citizens
Ada jugak cerita bangang pasal visa ni... Saya nak buat visa ke Jepun.. Saya ambik train awal pagi ke Kl..kononnya nak berurusan ngan pejabat kerajaan biarlah awal... Sampai KL Sentral..amik pulak komuter ke KLCC..pastu amik teksi la nak pergi kedutaan. Dalam teksi baru saya sedar passport saya tertinggal kat umah..diKAMPAR!!..
(Untuk makluman...nak buat visa kena bawak passport,gambar,isi boring,duit... mana boleh buat visa kalau tak bawak passport sekali. Arghhhhhhh!!)

Ok..yang 3 kat atas ni paling basic dan paling penting la kan..

 Pastu...kita kena tahulah peraturan negara orang. Apa boleh bawak...apa tak boleh bawak. Negara  macam Australia memang jaga flora dan fauna dia..so kita tak boleh la suka2 nak bawak buah rambutan ke...manggis ke masuk negara depa. Tak payah le bawak.
Sebelum masuk negara orang...google le sikit tentang negara tu supaya kalau kita kena soal dengan pegawai immigration..kita tau apa nak jawap.
Pack your own bag. Supaya kalaulah beg kita kena periksa..kita idak le mengelabah sebab kita tau apa yang kita bawak....apa ada dalam beg kita. Kalau kita diperiksa...usah le tergagap2.. Jawap je dengan confident. Kalau kita tak buat salah...apa nak takut kan? Kan?

Ambil tahu sikit dengan keadaan cuaca tempat yang nak kita lawati. Kalau panas...tak payah le bawak coat bagai. (bawak le baju sejuk sbb kat dalam kapal terbang kadang2 sejuk sangat) Kalau negara beriklim sejuk...kena la beg besar sikit...Baju sejuk tu tebal. Nak kena bawak walking boots lagi sebab kadang2 hujan dan jalan licin.
Kalau beach holiday pilihan anda...usah le bawak high heels.. kesian tumit kasut tu. Nanti pecah2 sebab pijak pasir halus. Simpan saja le kat rumah. Bawak je flipflop(selipar)..tak pun sandal je.. Kalau nak bergaya memalam..bawak wedges la kut. Saya selalu bawak selipar je la. Senang.
Jangan lupa sunscreen lotion. Berjemur bawah matahari ni nak kena pakai protection. Kalau tak nanti kena cancer kulit. Haru.

Diatas ni tips yang basic2 je.. Lain post saya akan selitkan jugak tips2 saya kalau ada untuk disharekan.
me on AirAsia
he's and her's bags for beach holidays
ini beg kalau nak pegi tempat sejuk sikit.
 
Am I not a light traveler or what?? :-)
 

Thursday 7 August 2014

Ada apa dengan Thailand?

Sejak saya kenal suami saya....Alhamdulillah sudah 15 negara saya lawati. Thailand adalah salah sebuah negara favourite saya dan suami. The food...the people...the shopping...the country itself..such a great place to go to. Sementelah pulak dekat je dengan negara kita kan.

Tempat fav kami adalah PhiPhi Island. Disini lah saya duduk berbual dengan 2 orang pelajar Malaysia yg sedang bercuti...one of the girls tanya saya, kenapa saya tak buat travelling blog memandangkan saya kerap travel. It gave me a 'PING' in the head that time but bila takde support dari suami..saya pun diamkan diri je la.

Right!!..Im here now!! Let me tell you a bit about PhiPhi Island yg saya tahu...

Phi Phi Island ni termasuk dalam kawasan Krabi..so kalau nak ke sana boleh la ambil flight dari KL atau Penang dan terus ke Krabi.Pastu naik feri.Sebenarnya kita boleh jugak drive dari Malaysia tapi jauh la...nanti penat. hehe
Phi Phi terbahagi kepada 2.. Phi Phi Don (besar) dan Phi Phi Leh (kecil).Sekitar tahun 1940an..Phi Phi Don dipopulariti oleh muslim fishermen dan hingga kini jadi tempat penanaman kelapa. Sekarang ni pun..80% dari penduduk Phi Phi Don adalah orang islam. Sooooo...Nak makan takde hal lah!!
Banyak kedai makan halal. Tak perlu risau. Boleh makan somtam(yum yum!!) banyak2 sampai sakit perut. Bukan sakit perut sebab tak bersih tau...Sakit sebab pedas..hehe.. Soo..jangan mintak 'thai spicy'..nanti bontot panas....opss!!

 
PP Blue Sky Resort
 
Dah 3 kali kami menginap disini. Bilik bersih. Layanan bagus. No complain. Located at Long Beach. Kat Long Beach ni pulak tak banyak sangat resort..so dia tak bising la kan.. Untuk berehat molek sangat le tu. Tak salah saya..ada 3 je restoran kecik kat Long Beach ni. PP Blue Sky Resort ni pun takde restoran sendiri..share restoran dengan resort sebelah je...dan makanan semua halal. Takde Ba alif Ba Ya.
Harga??!! Mahal sikit kut...tapi boleh jugak survey resort lain  sepanjang Long Beach ni. Pasti ada dalam range budjet korang.
 
Itu pasal phi Phi Don....macam mana pulak dengan Phi Phi Leh??.. Ada tengok filem The Beach yg dilakoni oleh Leonardo DiCaprio?..aaa...movie tu shoot kat sini la!! Tapi pembikinan movie ni kena kecam jugak...sbb merosakkan keindahan pulau tersebut..huhuhu
my own Leo!!
 
Haaaa...ini lah Phi Phi Leh. Cantikkan??.. Nak pegi Phi Phi Leh ni boleh la sewa longboat. Setengah jam atas bot memang tak terasa sebab view yg sangat cantik. Klip Klap amik selfie. Hahaha. Pantai Phi Phi Leh ni memang jadi tarikkan utama la kepada siapa saja yang memilih untuk ke Phi Phi Island ni. All I can say is....BERBALOI.
 
Best ke pergi negara orang? Mesti la best!!..Tapi kita tak semestinya aim yg jauh je kan. Yang dekat kan ada...Try la yang dekat dulu dan money exchange dia pun tak jauh dari duit kita. Try Thailand. You'll enjoy it
 
 
 
 

Life begins at 40!!

It has just begun!!..Ha ha
Saya berkira2 nak menulis blog ni dah lama tapi asyik terkulat2. Fikir terlalu banyak. Nak tulis apa lah....ada ke orang nak baca lah...bagus ke tidak ke lah.. Macam2 lagi lah!
Tapi saya tahu saya banyak cerita yang boleh dikongsi.

Sharing is caring.  Remember??

Sooo...lets the fun begin!!..Jom kita share tips.
Beauty tips ke...
Lifestyle tips ke...
Travelling tips ke...
Cooking tips ke.... Apa saja!!

I'll share my stories and please don't hesitate to ask if you have any question.

What say you??