Monday, 11 August 2014

Rwanda... land of a thousand hills..

Bila suami tanya saya apakah negara fav saya setakat ini...saya tak tau apa nak jawap sebab... lain negara..lain keistimewaanya. But what I can say is..one of my fav of cause la Africa. Kami berpeluang melancong ke South Africa berapa tahun yang lepas and since then..i fell in love with the beautiful country.
But untuk post yang ni..saya tak nak cerita pasal South Africa.. Today's page saya nak cerita tentang Rwanda...negara seribu bukit!!..Betul tau...ada banyak bukit. Nak pergi mana2 pun turun naik..turun naik.. Hehehe...
Hubby put in Rwanda as one of the places to go during our honeymoon. Honestly...I heard the name Rwanda...I know its in Africa..but other than that... I know nothing!! Saya malas... Saya tak pernah nak ambil tahu. Saya langsung tak cuba nak google walaupun suami dah bagitau mana nak pegi..apa nak buat..bla bla.. Yang saya tau...Pack bag...pegi airport...amik gambar klip klap.. Itu je. Alangkah salahnya cara saya tu (jangan dicontohi tau!!)

Rwanda atau officially the Republic of Rwanda disempadani oleh negara Uganda, Tanzania,  Burundi dan Democratic Republic of Congo. Ibu negaranya Kagali. Seriously..Jejak je kaki ke tanah Rwanda ni saya dah terpegun. Bersih sangat!! Difahamkan, Perdana menteri Rwanda tetapkan 1 hari dalam sebulan penduduk negara tersebut adakan hari gotong royong bersihkan kawasan masing2. Termasuk perdana menteri sendiri turun padang dalam gotong royong tu. Walaupun gotong royong tu dibuat sebulan sekali..tapi bila dah bertahun2..jadi good habit la kan. Anak2 pun tengok generasi tua jaga kebersihan...so depa akan continue la. Sebab tu la negara diorang bersih.
 
Kami menginap kat Virunga Lodge ni. Sangat cantik. Tempat ni dikelilingi oleh 6 buah gunung berapi. Gunung Karisimbi, Visoke, Mikeno, Sabinyo, Gahinga dan Muhovura.
(kat belakang saya nampak 3 buah jek)
 
Suami pilih untuk menginap disini sebab utamanya view yang to die for!!.. Lodge ni sangat private. Ada 8 buah bilik je. Boleh la bayangkan betapa privatenya. Tapi..during dinner..Lodge ni buat konsep makan bersama. Semua penginap akan berkumpul untuk dinner sama2. Everybody seat at long table. During dinner...semua bersuai kenal. Share story. Paling popular mestilah cerita pasal pengalaman masing2 jumpa gorilla.
 
APA?? GORILLA??!!
 
Yes..gorilla. Mountain gorilla.
 
Kalau siapa pernah tengok movie Gorillas_in_the_Mist mesti suka aktiviti ni. National Park ni betujuan menjaga kewujudan haiwan pintar ni. Individu paling penting dalam kewujudan taman ni adalah Dian Fossey. She arrived and set up research about gorilla in 1967. Masa tu kegiatan membunuh haiwan ini sangat berleluasa.. hingga kini pun ada berita tentang gorilla dibunuh now and then.
 Berjumpa secara langsung dengan haiwan yang hebat ni memang awesome!! Tapi sebelum tu..saya kena bangun awal supaya kami boleh berkumpul dengan tourist yang lain jugak di satu tempat. Dalam sehari..cuma 80 orang je bertuah dapat berjumpa secara langsung dengan gorilla ni. Kami dibahagi kepada 10 kumpulan.
Nak jumpa gorilla ni pun bukan jalan 2-3 langkah terus jumpa tau. You have to climb up mountain at least 1 1/2 hour. Kebetulan semasa giliran kami..hujan turun mencurah2. Sejuk sangat!!. Tapi segala pendakian memang berbaloi bila saja ternampak kelibat celebrity ni. Hehehe. Kami dibenarkan amik gambar..tengok kelaku baby gorilla selama lebih kurang 20 minit. Sangat berbaloi.
Semasa mendaki,focus kita hanyalah nak cepat sampai atas nak tengok gorilla. Sampai lupa nak tengok kiri kanan. Sepanjang jalan view sangat breath taking. Kebetulan semasa menuruni gunung, hujan pun dah berhenti. Everything was soooooo beautiful. Sekali sekala kami melewati rumah2 penduduk kampong sekitar. Anak2 kampung akan berlari2 datang dekat dengan kami. Diorang suka tau bila kita cakap English ngan depa. Bila kita soal something, diorang berebut nak jawap. 
(me with Rwandan kids.. they just too cute)
 
Diorang berebut2 nak tunjuk ngan kita yg diorang boleh berbahasa inggeris. Nak buktikan pada tourist yang mereka pergi sekolah. They are soo proud about going to school. Hubby read some tips about giving out pens or pencils or books to those kids so that diorang boleh gunakan untuk belajar disekolah. We were told not to but candy because its not good for your teeth!! So..suami pun beli satu kotak pen(50 batang) untuk anak2 ni. Handing out pen untuk anak2 ni bring tears to my eyes...sebab  kat rumah..pen dibuang2 je. Huhuhu
 
Another thing I didn't know but I should know about Rwanda adalah tentang apa yang berlaku dalam tahun 1994. Kejadian pembuhunan beramai2 tak kira kecil besar..tua muda. Kepala dipancung. Anak2 dibunuh. Segala berpunya dari sikap puak mempuak. Membeza bezakan antara kaum.
 
Semasa di Kigali..saya berpeluang melawat Kigali Memorial Centre http://www.kigaligenocidememorial.org/old/ dimana di situlah  saya belajar tentang sejarah hitam yang melanda negara yang cantik ni. Bengkak mata saya menangis membaca apa yang berlaku tak berapa lama dulu.
Ketegangan antara etnik bukan cerita baru.(saya je yang baru tahu..alahaiii).. Selalu saja ada rasa tak puas hati antara puak. Majority puak Hutu dan minority nya pula puak Tutsi. Nak diikutkan..takde  perbezaan ketara pun antara kedua2 puak ni, akan tetapi secara fizikalnya...puak Tutsi lebih tinggi dan kurus dari puak Hutu. Kuasa Belgium (yang pernah menawan dan memerintah Rwanda) memperkenalkan system puak mempuak ni. Mereka juga memperkenalkan 'kad pengenalan' yang mengkelaskan sipolan mana dari puak mana. Puak Tutsi diberi keutamaan. Peluang kerja dengan kerajaan lebih kepada mereka ni. Jadinya taraf kehidupan puak ni tinggi sikit dari puak yang lain.
 So dari tahun ke tahun...dendam jadi membara la. Puak Hutu jadi marah dan memberontak. Sekitar lewat tahun 50an, lebih kurang 20.000 orang puak Tutsi dibunuh. Ramai juga yang lari kenegara lain. Bila Belgium isytiharkan merdeka ke atas Rwanda pada tahun 1962, Puak Hutu jadi lebih ganas la. Apa je masalah..mereka akan kaitkan dengan kesalahan puak Tutsi. Dalam masa yang sama..Puak Tutsi yg dulunya melarikan diri ke negara jiran kembali bersatu. Tentu la mereka nak balik ke negara asal. Kedua2 puak ni berperang..bunuh membunuh antara satu sama lain. Tension is everywhere. Pihak media pulak mula mengutarakan propaganda jahat terhadap puak Tutsi. Siapa saja dari puak Hutu yang berjaya membunuh puak Tutsi diberi ganjaran. Sikap berperikemanusiaan terus hilang. Mereka membunuh dengan apa saja senjata. Anak kecil pun mereka sanggup bunuh bila dalam diri dah penuh dengan kebencian. Pada tahun 1994,dimana kejadian pembuhunan beramai2 ni berlaku..dalam tempoh 3 bulan saja (april-julai)...800,000 orang dibunuh. 800,000!!!
 
Saya duduk agak lama dalam Kigali Memorial Centre ni. Saya sangat sedih. We should have NEVER change a person into an object. Jangan membeza2kan antara kita. Jangan la mengkelaskan antara satu sama lain. Kita semua sebenarnya sama saja. Jaga lah lidah kita. Jaga lah bahasa kita. Kalau kita tak suka orang cakap macam2 tentang kita...begitu jugaklah orang lain tak suka kita cakap buruk tentang mereka. Jangan barakan perasaan benci membenci. Dendam itu jahat. Dendam itu sendiri boleh makan tuan.
Zaman IT ni..mudah je kita nak sebarkan apa saja. Love...hate.. Just one click...the whole world can hear you. Stop hating other people. Jangan sebarkan fitnah. Fikir panjang sebelum buat apa saja. Hidup kena ada pendirian sendiri. Jangan orang kata buat ni...buat. Buat tu....buat. Suruh boikot...boikot. Opss!!.. Ambil tahu dulu kenapa dan mengapa bila kita disuruh buat sesuatu. Jangan main ikuuuutttttt jek.
 
Right... That is Rwanda dari kacamata saya. Kenangan berada dinegara itu akan sentiasa segar dalam ingatan saya.
 
 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. a good one, enjoyed reading this -mrs ben smith

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for your time reading my post mrs smith. I really appreciate it.

      Delete
  2. Seriously... goriĺlas great experience ag...

    ReplyDelete