Sunday, 17 August 2014

Afternoon tea....Anyone?

Kebelakangan ni kita kerap disajikan dengan macam2 produk...sama ada untuk kecantikkan mahupun kesihatan. Orang ni makan produk tu...kita pun nak. Orang tu makan produk ni....kita beli jugak. Tapi kita makan tak habis... lepas tu kita kata produk tu tak sesuai.

Saya pun ada perangai yang sama..hehehe. Orang bagitau pasal produk..kita pun nak. Tapi orang tu minum/makan sampai abis..tapi saya punya masih ada dalam fridge atau dalam cabinet. Anak dara saya tanya tempohari..."tu nak buat hiasan ke ibu?".. Saya diam je. Malas nak layan. Ngeeee

Sebelum kita try produk yang mahal2..apa kata kengkawan try teh pudina ni or mint tea. Banyak khasiatnya daun herba ni. Murah je. Kat pasar, beli secekak baru seringgit. Jimat betul kan? Pudina atau mint atau menthe(dalam bahasa Greek) tergolong dalam family Labiatea. Setakat yang saya
baca, khasiat pudina ni antaranya :-

-sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
-bertindak sebagai antiseptic,antiparasit dan antivirus
-minyak yang diperbuat dari daun pudina boleh menghilangkan rasa loya
-minyak pudina juga boleh meningkatkan daya tumpuan (saya terbaca dalam Wikipedia tentang daun ini menyatakan, orang Greek zaman dulu kala guna daun ni yang dipintal jadi hiasan kepala untuk dipakai oleh anak mereka ketika belajar-salah satu ajen untuk meningkatkan daya tumpuan)
-ekstrak daun ini juga baik untuk kesegaran nafas
-penyelidikan menunjukkan yang daun pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukkan tumor
-ia melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid (kepada yang selalu menderita senggugut...boleh rendam daun ni dalam air panas dan minum)
-menjadi sumber galakan,the pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini membantu melegakan batuk berkahak dan kesakitan dada.

Di negara Thailand, penggunaan pudina ni sangat famous dalam penyediaan laab atau salad berdaging. Sedap sangat.
Ia murah. Mudah. Apa kata kita cuba?

(info from http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/04/18-khasiat-dan-kebaikan-daun-pudina.html , http://en.wikipedia.org/wiki/Mentha )

1 comment: