Thursday, 14 August 2014

Goodday Mate!!..

Ok.. Hari ni saya nak share pasal negara Australia.

Meliputi keseluruhan 7.69 juta kilometer persegi, Australia menjadi pulau terbesar di dunia. Akan tetapi..ia juga adalah benua yang  terkecil  (we win some..we loose some.. hehe). Dari Perak (west) ke Terengganu (timur)..kita hanyalah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam memandu je dah sampai kan? Jarak Perth (west) ke Sydney (timur)..sama la jaraknya dari KL ke Perth. Itu pun naik kapal terbang tau!! 8 jam kalau tak salah saya. Imagine sendiri la besar mana 'pulau' ni. Saya katakan pulau sebab Australia keseluruhannya dikelilingi laut.

Seperti yg telah saya selitkan pada post lepas http://ejiebridges.blogspot.com/2014/08/travelling-tips.html , Nak masuk negara ni kena ada visa. Visa boleh dibuat secara online jek. Australia sangat jaga flora dan fauna negara mereka sebab kebanyakakn haiwan dan tumbuhan negara ni tak hidup di negara lain. So kalau kita bawak tumbuhan kita (yang kita tak pasti boleh bawak penyakit ke tak)..dan tak mustahil penyakit dari tumbuhan yang kita bawak tu boleh membunuh tumbuhan negara mereka.. Haaa..camtu le contohnya.
So..kalau nak pergi bercuti ke Australia...tak payah le bawak serai ke..daun kunyit ke.. Tinggal la kat kampong sekejap. Hehehe. Semasa di immigration nak masuk negara ni..kepada yg takut anjing...jangan la lari lintang pukang pulak. Sebab akan ada pegawai yang bawak anjing pengesan melilau kat area ni. Relax jek. Kalau kita tak bawak benda 'haram'..kita tak payah nak takut. Pengalaman saya first time masuk negara ni..saya ditahan untuk sesi soal jawap.Hehehe. Tak perlu risau...diorang cuma nak tau buat apa kita pergi negara dia? Kita nak kemana? Soal benda2 camtu je. Itu sebab saya nasihatkan...ambil tahu sikit tentang tempat yang kita nak lawati supaya kita tahu apa nak jawap bila kena soal. Just for your own knowledge.

that signboard and that rock can only be found in Australia..hehe*
 
Sebab Australia negara yang besar...Saya share satu2 ok? First trip...let me take you to Australia's Northern Territory. The capital is Darwin. Saya pilih nak kenalkan tempat ni sebab di sini lah letaknya Kakadu National Park. Dimana the famous Uluru (Ayers Rock) and Kata Kjuta (The Olgas) is located.
 
me with Uluru over my shoulder*
 
Uluru atau Ayers Rock ni dianggarkan sudah berusia 600 juta tahun!! Was originally formed under the ocean, and gradually hardened over the cause of hundred of thousand of years. The rock is made by sandstone (batu pasir).. Warna Uluru ni bertukar2..Kadang2 merah sangat..kadang2 oren sikit..brown  sikit..bergantung pada keadaan cuaca.  Berada diketinggian 348m (24m lebih tinggi dari Eiffel Tower di Paris) diatas paras laut tetapi sebenarnya dasar Uluru ni lebih 2.5km!! Ada trek untuk berjalan mengeliling 'giant red rock' ni. Ia mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam. Sambil jalan..sambil amil gambar..sambil enjoy flora dan fauna. (saya dan suami bertembung dengan wild kangaroo diakhir trek kami!!)
 
Walaupun puncak Uluru ni nampak flat je..tapi susah nak daki sebab treknya sangat curam. Setakat ini sudah 35 kematian dicatatkan sbb terjatuh ketika mendaki (ouch!!). Orang asli Australia (aboriginal) pun tak berapa suka bila orang luar panjat Uluru ni sebab pada mereka..ini salah satu tempat suci mereka (kena hormat la kan). Ada juga diceritakan...bahawa bila kita bawa balik cebisan batu dari Uluru atau Olgas  ni..akan ditimpa nasib malang atau sumpahan. Ada banyak kes..dimana si polan yang gatal2 nak ambil batu ni bawak balik...terpaksa pulangkan balik batu ni. Kalau nak bawak balik buat cenderamata pun..beli je la fridge magnet. Hehehe.. Janji selamat. Yedak!!
Saya dan suami  bercuti 3 hari 2 malam di sini. To see the sun rise and set depan mata memang menakjubkan. Kami pergi ketika musim panas. Masya Allah...memang panas betul!! Kena minum air lebih tau!
 
 
 
Uluru atau Ayers Rock dan Olgas mungkin bukan pilihan utama untuk anda melawat Australia. Kebanyakkannya memilih untuk ke Gold Coast atau Sydney atau Perth. Sementelah pulak ia sebuah pulau yang sangat besar (nak kemana2 makan masa sebab jarak yg jauh antara satu sama lain). Bahkan ramai rakyat Australia sendiri tak pernah datang ke sini!!
As one of UNESCO World Heritage side..i think Uluru is worth it to be in your bucket list.
 

No comments:

Post a Comment