Post kali ini saya nak bawa anda semua ke western part of Thailand. Mari kita ke wilayah Kanchanaburi. Mengambil masa 2jam30 minit dari Bangkok menaiki teksi ...sampai le kita di sini. Apa yang ada di Kanchanaburi ni?..Ok pada yang suka museum (not me though..)..di sini ada Thailand-Burma Railway Museum...ada JEATH War Museum...ada Kanchanaburi War Cemetery. Apa? Tak best??
TADAAAAA!!!.. A chance to be up close and personal with this popular beast. Dalam daerah Saiyok terletaknya Tiger Temple. Asalnya pada tahun 1994,ia adalah salah sebuah tempat belajar sami2 Buddha kat Thailand ni. Akan tetapi, disebabkan kawasan ini berhampiran dengan hutan..pada tahun 1999, temple ni mendapat anak harimau yang pertama(actually anak harimau tu di hantar oleh penduduk kampong ke sini sebab ibu harimau tu mati). Sayangnya, anak harimau yang pertama ni juga tidak lama hayatnya namun selepas itu..penduduk dari kampong berdekatan kerap la hantar anak harimau yang kematian ibu ke sini. Sejak itu hinggalah Julai 2014, dah ada 135 ekor harimau di bawah jagaan sami2 dan sukarelawan di tempat ini.
Tiket sebanyak 500 bath atau 50 Ringgit Malaysia dikenakan untuk masuk dalam Tiger Temple ni. Tak mahal kan....berbanding experience yang kita dapat. Priceless!!. Tambah RM100 atau 1000 bath..dah boleh join aktiviti mandikan or bermain2 ngan anak haiwan yang Nampak cute ni.
2010 : my kids with the cats
Tak takut ke?
Ramai yang bertanya. Takut tu tidak tapi gementar. Ye lah...Harimau yang kita tahu dan dengar adalah haiwan yang ganas. Gila nak pegang-pegang? Tapi di sini anda dapat menikmati pengalaman itu. Sangat luar biasa. Bulu harimau ni kasar sikit. Bukan macam kucing tau. Harimau di sini di train oleh sami2 Buddha ni. Ye..Kebanyakkan harimau2 ini dirantai. Ada kontroversi melanda Tiger Temple ni. Ada yang kata harimau2 ni di suntik sejenis dadah sebelum di'tayang' pada tourist. Namun, tiada bukti kukuh yang dapat mensahihkan tuduhan2 tersebut. World Wildlife Fund menganggarkan, sekitar abad yang sebelum ni, dunia kehilangan 97% dari popularity harimau ni. Hingga kini, dicatatkan hanya 3,200 ekor yang masih hidup.
Kegiatan membunuh haiwan ni atas kepercayaan bahawa kononnya darah or tulang or apa saja anggota badan haiwan ni, boleh menyembuhkn penyakit masih berleluasa. Setidak2nya dengan adanya Tiger Temple ni..dapatlah kiranya mengelakkan mereka dari ancaman kepupusan.
Kalau kita mengikuti sejarah dunia...kita mesti tahu atau pernah dengar tentang Bridge of River Kwai (ada movie dan buku jugak tentang jambatan ni). Dikenali jjuga dengan nama Death Railway, jambatan ini dibina oleh tentara Jepun dalam perang dunia ke 2. Merentangi Sungai Mae Klong (kini dinamakan Sungai Kwai Yai), pembinaan jambatan ini bermula pada bulan Oktober 1942 dan siap digunakan pada awal Febuari 1943. Jepun menggunakan sepenuhnya tenaga PoW atau prisoners of war atau senang cakap tentara lawan yang ditawan ketika perang dunia tersebut. Asalnya, Jepun bina jambaran ni sebab nak bawa segala keperluan mereka ke Burma sebab ketika itu meraka sedang berperang dengan British di sana. Keseluruhan pembinaan jambatan ni hanyalah menggunakan tenaga manusia...so..kita boleh imagine la bilangan kematian ketika kerja2 dilakukan.
us in front of the bridge.
Seramai lebih kurang 60,000 tawanan dari india,cina,burma,indonesia,thai termasuklah tawanan british dan amerika dikerah membina jambatan tersebut. Askar Jepun sempat menggunakan jambatan ini selama 2 tahun saja. Sekitar akhir Jun 1945, jambatan ini runtuh akibat dibedil by British Army.
Anda boleh baca sendiri sejarah Bridge of River Kwai ni. Takde masa nak baca...boleh cari movie jugak. Boleh tau sejarah sambil makan kuaci. Hehehe..
Ok. Itu serba sedikit catatan saya tentang Kanchanaburi. It is never too late to learn about history. It's never too late to learn something in life. Di sini, setidak-tidaknya kita belajar 2 perkara yang sangat berbeza. Kita dapat belajar sejarah dunia.
Kalau anda pencinta haiwan pulak..bolehlah masukkan tempat ni dalam bucket list anda. Apa barang tengok harimau kat zoo dari jauh je kan..hehehe.. Kat sini boleh pegang2.. Oh ya.. sebelum terlupa. Nak pergi Tiger Temple ni, anda dinasihatkan tidak memakai pakaian yg bright tau terang2. Warna merah adalah dielakkan sama sekali. So..thats it!! If any of you guys have been to this place...lets share your experience with me. Write your comment below!. Krap Khun Kha.