Friday, 24 April 2015

M.I.A

Assalammualaikum,

It has been a while yea... No..no..Not missing in action.. I was just too busy. Funny enough..dalam busy konon tu..Candy Crush tak henti main jugak.. That really annoyed my husband...ehmmm(eyes rolling)
So...how's everybody been doing? Good? Well...good then.

My last post was in September last year. Whooaaaa..that is like AGES!! Saya cuba cari kesempatan untuk duduk depan komputer tapi selalunya ilham tak jugak datang. But im here today. Tadaaaaaa!!

What have i been doing? I have been building A HOUSE!! No..actually its me and my husband and whole team of Chinese builders. Project started middle of December 2014. Banyak sangat benda baru yang saya pelajari sepanjang projek ini. We not quite done yet. One little step everyday.

Ramai yang bertanya...kenapa saya dan suami berulang ke tapak pembinaan setiap hari? Kenapa kami turut serta berpanas, punggah menunggah batu bata sedangkan kami dah upah team untuk projek tu. Honestly.. At the beginning...I ask that same exact question.

Day by day baru saya faham kenapa suami ajak saya berulang setiap hari dari Kampar ke Ipoh untuk pantau kerja-kerja pembikinan. i learn something everyday. Macam-macam perkataan baru saya belajar. Beam. Foamwork. Collum. Slab. Crusher-run. Ect ect...Ye la kan..saya ni penyanyi..mana la saya tau semua ayat-ayat baru tu.
Day by day this project excite me more and more. Im looking forward for the final result. Tapi as my husband said.. There's going to be years till we really get that FINAL result. Must be bits and bobs over here and there to be fiddle with. I agree with that.

Oh Yea...Another thing that really makes my hubby proud is the way i talk to people. Handling 'some situations'. He said i can be a really good project manager. Woohoooo!! (cant-wait-for-my-bonus-that-you-promised-mrb)
  
*very looking foward*

I will try to find some time to post something. But for now...Ilham takat ni je. Untuk semua yang sudi membaca...,ribuan terima kasih saya ucapkan. Never hold back anything in life. Never too old to learn something new. Live.Life. Laugh.

Assalammualaikum.

Sunday, 28 September 2014

Silver (Ag) - How to clean your silver jewellery.

Sejak saya kecil, mama kata saya kurang 'rasi' dengan emas,so mama belikan saya perhiasan yang dibuat dari perak. Bila dah berkerja dan berkeluarga pun saya tak 'rasi' dengan emas sebab kalau takpun hilang, perhiasan emas saya akan akhirnya masuk ke pajak gadai tanpa dapat ditebus semula..(dushhh!!!) Bila saya kenal dengan suami saya, Malcolm..dia kurang setuju belikan saya emas sebab dia sangat risau dengan gejala ragut di negara kita ni. Jadi sampai sekarang, saya tak ada satu pun perhiasan yang dibuat daripada emas. It's ok. I'm very fine with it. Perak pun cantik jugak.

Satu problem dengan perhiasan perak ni adalah..kadang2 ia nampak kusam. Ada setengah sebab reaksi dengan kulit sipemakai atau terkena chemical dari perfume kita. Jenuh sental pun tak hilang. One day, saya cakap dengan suami nak bawa perhiasan saya ke kedai untuk dicuci (ada kedai emas yang sediakan perkhidmatan mencuci barang kemas..harga saya tak tau le..kena tanya). Suami kata tak payah lah so dia google cara2 nak cuci perhiasan emas. We came round to one cheap and worth-trying method.

Bahan2 yang diperlukan ;

1 cawan air panas
1/2 cawan cuka putih
1 sudu besar garam
1 sudu besar soda bikarbonit
1 keping foil
1 mangkuk kecil

Cara2nya;

Lapikkan mangkuk dengan foil(permukaan kilat diatas)..masukkan garam dan soda dan curahkan air panas yang menggelegak kedalam mangkuk tadi (hati2 ok). Selepas itu, masukkan pula cuka putih (ia akan menghasilkan bunyi fizzz)..and then you can place perhiasan perak anda dalam mangkuk tersebut. Biarkan lebih kurang 6-8 minit dan bilas dengan air bersih.
Selepas itu bolehlah anda keringkan dengan kain yang bersih.

Jangan sorok perhiasan perak anda yang agak kusam tu. Sayang je kalau tak pakai.
Try it!!..its very easy and it's works!!

Saturday, 20 September 2014

2 malam di Mesir ( 2 nights in Egypt )

Bila ditanya soalan..namakan satu dari 7 keajaiban dunia....dengan mudahnya,.ramai mesti menjawap piramid. Dimana letaknya piramid? Jawapannya mestilah di negara Mesir atau Egypt. Ramai yang tidak tahu..sebenarnya Mesir terletak di utara benua afrika. Keseluruhan populariti Mesir dianggarkan seramai 90 million!! Cairo merupakan ibu negara Mesir dan difahamkan in Cairo alone, there's 24 million people live here. Sangat padat.

So...when my husband asked me.."Where i like to go?" Saya jawap.."i want to see the pyramids". Kebetulan pula saya berada di tanah arab menemani suami..jadi saya rasa elok juga jika saya dapat melawat negara berhampiran. Jadi.. pada 16 september 2014, kami mulakan perjalanan dari King Fadh International Airport di Dammam, Saudi Arabia ke Cairo Airport di Mesir.
Penerbangan hanyalah mengambil masa 3 jam.
Mr B (suami saya) jarang arrange pick up from the airport to the hotel (he like to be adventurous)..but..as he have been to Egypt..he knew that its better to do so. (Tips pertama: arrange hotel pick up supaya perjalanan anda lebih mudah)
Even in my first few minutes in Egypt..i saw something that really amused me. One big guy waited for me and Mr B before we even been stamped to enter the country. He carried a welcome poster with our name on it. As british citizen have to have visa to enter Egypt..dia cakap pada Mr B supaya beratur dulu dan dia settlekan visa. (Malaysian dont need visa to visit Egypt). So kami pun beratur lah. That big guy settled Mr B's visa pastu talked to one of the officer. Pegawai bertugas stamp passport kami tanpa banyak soal. Semua beres.
Kami tak bawa beg besar so tak perlu tunggu lama di airport. Kebetulan teksi dari hotel yang jemput kami pun sudah menanti. We later been introduce to Mr Sharif. Small man 59 years of age with green eyes. Mr Sharif has been working for the same company for 30 years. Mr Sharif kata, you have to have 6 eyes to drive in Cairo! Sangat sesak!!. I dont think i can drive there. Honestly.

The great pyramids is located in Giza. So we have to drive about 1 hour 30 minutes from Cairo Airport to the city of Giza. Tapi desebabkan kami tiba di Mesir pada waktu puncak (5pm..org balik keje)..perjalanan tadi sudahnya mengambil masa 2 jam setengah. Itu pun kononnya dah ikut 'jalan pintas'. 
Kiri kanan highway padat dengan flat dan apartment. Ada yang nampak baru dan tak kurang juga yang hanya 60 peratus siap tapi ada penghuni. Kata Mr Sharif, cost of living di Cairo sangat tinggi. Flat paling murah dianggarkan berharga RM250k!!..Aduhaiii
Mr Sharif pointed to us 'wood cages' yang banyak dibina diatas flat2 kediaman. Katanya, itu sangkar burung merpati. Orang Mesir percaya kononnya memakan daing merpati yang digoreng dengan nasi boleh menambahkan kekuatan batin! Daging merpati ibarat Viagra orang2 Mesir!!..kikikiki.. Dia kata pasal itu orang di Mesir ramai. Saya dan Mr B ketawa dengar info tu.
(*no photo of the cages or the flats sbb jalanraya sangat sesak dan saya tak mungkin dapat ambil gambar yg cantik ketika ini..sorry)

So...kami melewati the famous River Nile atau Sungai Nil dan terus saja menuju ke Giza dimana terletaknya piramid and of cause our hotel.
Mr B has booked Mena House Hotel for us to stay. It was a big beautiful hotel built in 1869 for Egyptian King, Isma'il Pasha. The great Pyramid of Khufu and Pyramid of Khafre will be our view for 2 days! I never imagine such!!

Earlier, Mr Sharif ada tanya jika kami perlukan 'tour guide' supaya memudahkan kami belajar lebih lanjut tentang piramid ni. So..Mr B kata..why not Mr Sharif je yang jadi tour guide kami.. Mr Sharif jawap.. "well...yes sir..".."everything you like sir".. So we ask him to meet us at the lobby at 7.45 the next morning.

Mr Sharif wasn't there!!
We waited for 20 minutes and decided not to wait any longer. Kami jalan kaki je la sendiri. Tak perlu tour guide. Lagi pun piramid tu luar hotel kami je! Gate dibuka untuk tourist lebih kurang 8 pagi. Tiket berharga 80 egyptian pound (bersamaan 40 ringgit malaysia ) seorang.

There it was...in front of my eyes.. The Great Pyramid of Giza. Salah satu dari tujuh keajaiban dunia dan satu2nya yang masih kukuh berdiri. Ia dahulunya adalah makam pemerintah Mesir. Piramid pertama dan terbesar dibina lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Pyramid of Khufu memegang rekod mercu tertinggi dan terbesar didunia selama 3,800 tahun! Hingga kini..pakar2 masih mengkaji bagaimana piramid dibina.
Ada 9 buah makam keseluruhannya termasuk Great Sphinx yang asalnya dibina untuk mengawal makam2 tersebut. Saya tak masuk into any of the tomb..sebab kebanyakkan barang2 berharga sudah pun di ubah ke museum ataupun dicuri! So..saya cuma menghayati keindahan piramid dari luar. Wondering....HOW DID THEY DO IT?

Ada sebab kenapa anda seeloknya ada tour guide sepanjang lawatan anda ke sini sebab sepanjang masa anda akan disapa oleh local tour guide yang ramai berselerak dikawasan ini. Ada yang ajak naik unta lah...Ada yang ajak naik kuda lah...Ada yang konon nak bagi cendramata lah... Seriously...Mereka akan letak 'mini pyramid' atau t-shirt kat tangan kita..pastu mintak duit!! Sebab bila dah bertukar tangan...so kiranya 'jual-beli' telah berlaku. samada nak atau taknak..kalau kita dah pegang...kena la bayar.
Lebih handy la kalau kita ada tour guide (tips kedua: pastikan anda agree dulu bayaran untuk service tour guide ni sebab mereka akan suka2 je tukar harga).
                                                me with Pyramid of Khafre

me focusing on the Great Sphinx

Mr B and me with the sphinx
Mr B great pose!
me having a go too
i looked like an ant on the base of Khufu

Tips penting: kalau boleh belajar sikit bahasa arab yang basic macam selamat pagi ke...apa khabar ke.. sbb mereka (local egyptian) suka kalau kita boleh berbual dengan bahasa mereka. Plus not so much of harassment going on. saya terselamat sebab Mr B boleh sikit2 berbahasa arab. 
Kami luangkan masa lebih kurang 3 jam setengah menikmati keindahan piramid. (Tips keempat: kalau nak gambar anda tidak di'photo-bomb' oleh gambar pelancong yang lain...datang awal. pastikan bila gate dibuka je..you'll be the first to enter). Hingga kini, Piramid di Giza ni dah menarik berjuta pelancong singgah di tanah Mesir. You might be next!

Kami bercadang untuk pergi ke museum kemudiannya tetapi dibatalkan sebab sudah terlalu letih. What we did next was had a good warm shower and sleep!..hehehe.. Kami bangun pun waktu matahari sudah hampir meninggalkan kami. We later got dressed and enjoy the historical hotel we stayed in and had some good arab food.
 us at Mena House and |Great Pyramids on the background.

Lets put the Great Pyramids Of Giza in your bucket list. You'll enjoy it. I know i did.





Sunday, 7 September 2014

Resipi mudah.. Kek Pisang



Blog hari ni special sikit...(pada saya le), sebab hari ni saya nak share resipi..(tersipu2 malu pulak).
Saya, ketika ini (Ogos-September 2014) berada di Saudi Arabia menemankan suami. Serious saya bagitau...hari2 saya asik belek Instagram,.Tengok orang share gambar baju lawa2..saya berangan. Tengok orang share gambar handbag lawa2..saya berangan. Paling kuat berangan saya bila tengok orang share tentang craft dan kek. Padahal saya bukan penggemar kek pun!
Melalut pulak dah kan...hihihi.

Ok..disini saya sertakan resipi kek pisang yang saya buat tadi.Saya ubah suai resipi yang saya jumpa di blog lain. Saya ikut apa bahan yang ada kat rumah je.
So..here we go....

Resipi Kek Pisang.

Bahan2nya :-
4 Biji pisang berangan.
2 cawan tepung gandum.
2 Biji telur.
3/4 Cawan gula perang (kurang manis dari gula kastor)
1 Sudu teh baking soda
1 Sudu teh garam.
1 Sudu besar perahan limau nipis.
1/2 Cawan minyak (saya guna minyak jagung)

Preheat oven 180'C. Griskan mentega pada Loyang pembakar.

Cara2nya :-
Ayak tepung dengan baking soda dan garam.
Lenyek pisang.
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan pisang dan gaulkan bersama adunan tadi.
Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit supaya adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis dan minyak.
Gaul lagi sehingga rata dan masukkan dalam kek.
Masak selama sekitar 50 minit-1 jam.
(saya masukkan kelapa parut untuk texture kek saya ni)
 
Sedap untuk minum petang dan sangat mudah membuatnya. Cuba lah!!


Tuesday, 2 September 2014

Korea.... Part 1.

Wonder Girls, 2PM, T-ara, Girls Generation, Super Junior...ect...ect..

I am 40 year old mother. I don't listen to Korean songs..(menipukan...tu lagu nobody..nobody but chu tu hapa?..ahaks!) Ok..ok..dengar la jugak tapi tak la jadi ikutan kan. Sedar diri dah tua la kan.. I, sometimes pun layan jugak la drama korea. Comel-comel je semua kan? Cam nak satu je bawak balik  kan?
Tahun 2011, suami saya dapat tugasan di South Korea. Wahhh...sangat best la sebab masa tu memang demam K-Pop ni tengah melanda. Boleh la tinjau-tinjau kan? Malcolm pilih untuk tinggal di DMC Ville Apartment,tak jauh dari bandaraya Seoul. DMC ni singkatan untuk Digital Media City.
me with the apartment
 Di sini la dikumpulkan segala macam high-tech..Macam2 ada. Saya je tak faham..tak cukup high-tech(hikhik) Kat sini jugak terletaknya bangunan utama untuk radio dan tv Korea. Macam Angkasapuri untuk RTM..tapi lebih canggih la kan. Banyak games atau drama untuk tv juga shootingnya di kawasan ini... Boleh katakan, hari2 kat bawah apartment saya ada shooting crew. Saya je tak kenal pelakon korea. Oppss.
Tapi..fakta paling menarik tentang DMC ni pada saya ialah..sekitar tahun 1978-1993, kawasan ini adalah tapak pembuangan sampah terbesar di Seoul!! Saya pun tak tahu la macamana nak cerita kat sini detail tentang camne depa bangunkan kawasan ni tapi saya tersangatlah kagum. Sampah2 di press..diratakan..dibersihkan..dan kawasannya dibangunkan. Boleh check out kat link ini.. http://en.wikipedia.org/wiki/Digital_Media_City
Moden arca jugak banyak kat kawanan ni. saya memang tak tahu langsung pasal arca. Amik gambar pandai la..hehehe
                                        one of the biggest modern arch in DMC

South Korea ni tak besar sangat pun. Kalau nak bercuti kat sini, ambil 4 hari 3 malam pun dah cukup rasa saya. Kawasan tumpuan pelancong dan tempat shopping pun tak jauh dari satu sama lain. Jalan kaki je senang.
Paling utama mesti la Gyeongbokgung Palace, located on the northern part of  Seoul. Dibina pada tahun 1395, burned dan langsung tak diguna pakai selama 3 abad.
Berlatar belakangkan Gunung Bugak, ia dibina semula sekitar tahun 1867 dan menjadi istana utama dan terbesar di Korea Selatan.
                                           the palace behind us

Kini...kawasan istana ini dibuka pada orang awam. Setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang ada upacara 'changing guard' di pintu masuk utama. So pelancong boleh la tengok upacara ni. Colourful sangat!!
                                                  changing guard ceremony

me,kids and Gwanghwamun guards
 
To be continued....

Tuesday, 19 August 2014

That big cat.

Salah satu negara fav saya dan suami ialah Thailand. Very close to us. Banyak cara nak sampai sana. Tukaran wang pun bagus. Banyak sangat tempat dan aktiviti menarik boleh di listkan.

Post kali ini saya nak bawa anda semua ke western part of Thailand. Mari kita ke wilayah Kanchanaburi. Mengambil masa 2jam30 minit dari Bangkok menaiki teksi ...sampai le kita di sini. Apa yang ada di Kanchanaburi ni?..Ok pada yang suka museum (not me though..)..di sini ada Thailand-Burma Railway Museum...ada JEATH War Museum...ada Kanchanaburi War Cemetery.  Apa? Tak best??

Saya bukan la nak cerita pasal museum ni.. Paling menarik pada saya tentang Kanchanaburi adalah ....(drum roll)..
 
TADAAAAA!!!.. A chance to be up close and personal with this popular beast. Dalam daerah Saiyok terletaknya Tiger Temple. Asalnya pada tahun 1994,ia  adalah salah sebuah tempat belajar sami2 Buddha kat Thailand ni.  Akan tetapi, disebabkan kawasan ini berhampiran dengan hutan..pada tahun 1999, temple ni mendapat anak harimau yang pertama(actually anak harimau tu di hantar oleh penduduk kampong ke sini sebab ibu harimau tu mati). Sayangnya, anak harimau yang pertama ni juga tidak lama hayatnya namun selepas itu..penduduk dari kampong berdekatan kerap la hantar anak harimau yang kematian ibu ke sini. Sejak itu hinggalah Julai 2014, dah ada 135 ekor harimau di bawah jagaan sami2 dan sukarelawan di tempat ini.
 
Tiket sebanyak 500 bath atau 50 Ringgit Malaysia dikenakan untuk masuk dalam Tiger Temple ni. Tak mahal kan....berbanding experience yang kita dapat. Priceless!!. Tambah RM100 atau 1000 bath..dah boleh join aktiviti mandikan or bermain2 ngan anak haiwan yang Nampak cute ni.
2010 : my kids with the cats
 
Tak takut ke?
Ramai yang bertanya. Takut tu tidak tapi gementar. Ye lah...Harimau yang kita tahu dan dengar adalah haiwan yang ganas. Gila nak pegang-pegang? Tapi di sini anda dapat menikmati pengalaman itu. Sangat luar biasa. Bulu harimau ni kasar sikit. Bukan macam kucing tau. Harimau di sini di train oleh sami2 Buddha ni. Ye..Kebanyakkan harimau2 ini  dirantai. Ada kontroversi  melanda Tiger Temple ni. Ada yang kata harimau2 ni di suntik sejenis dadah sebelum di'tayang' pada tourist. Namun, tiada bukti kukuh yang dapat mensahihkan tuduhan2 tersebut. World Wildlife Fund menganggarkan, sekitar abad yang sebelum ni, dunia kehilangan 97% dari popularity harimau ni. Hingga kini, dicatatkan hanya  3,200 ekor yang masih hidup.
Kegiatan membunuh haiwan ni atas kepercayaan bahawa kononnya darah or tulang or apa saja anggota badan haiwan ni, boleh menyembuhkn penyakit masih berleluasa. Setidak2nya dengan adanya Tiger Temple ni..dapatlah kiranya mengelakkan mereka dari ancaman kepupusan.
 
Kalau kita mengikuti sejarah  dunia...kita mesti tahu atau pernah dengar tentang Bridge of River Kwai (ada movie dan buku jugak tentang jambatan ni). Dikenali jjuga dengan nama Death Railway, jambatan ini dibina oleh tentara Jepun dalam perang dunia ke 2. Merentangi Sungai Mae Klong (kini dinamakan Sungai Kwai Yai), pembinaan jambatan ini bermula pada bulan Oktober 1942 dan siap digunakan pada awal Febuari 1943. Jepun menggunakan  sepenuhnya tenaga PoW atau prisoners of war atau senang cakap tentara lawan yang ditawan ketika perang dunia tersebut. Asalnya, Jepun bina jambaran ni sebab nak  bawa segala keperluan mereka ke Burma sebab ketika itu meraka sedang berperang dengan British di sana. Keseluruhan pembinaan jambatan ni hanyalah menggunakan tenaga manusia...so..kita boleh imagine la bilangan kematian ketika kerja2 dilakukan.
 
us in front of the bridge.
 
Seramai lebih kurang 60,000 tawanan dari india,cina,burma,indonesia,thai termasuklah tawanan british dan amerika dikerah membina jambatan tersebut. Askar Jepun sempat menggunakan jambatan ini selama 2 tahun saja. Sekitar akhir Jun 1945, jambatan ini runtuh akibat dibedil by British Army.
Anda boleh baca sendiri sejarah Bridge of River Kwai ni. Takde masa nak baca...boleh cari movie jugak. Boleh tau sejarah sambil makan kuaci. Hehehe..
 
Ok. Itu serba sedikit catatan saya tentang Kanchanaburi. It is never too late to learn about history. It's never too late to learn something in life. Di sini, setidak-tidaknya kita belajar 2 perkara yang sangat berbeza. Kita dapat belajar sejarah dunia.
Kalau anda pencinta haiwan pulak..bolehlah masukkan tempat ni dalam bucket list anda. Apa barang tengok harimau kat zoo dari jauh je kan..hehehe.. Kat sini boleh pegang2.. Oh ya.. sebelum terlupa. Nak pergi Tiger Temple ni, anda dinasihatkan tidak memakai pakaian yg bright tau terang2. Warna merah adalah dielakkan sama sekali. So..thats it!! If any of you guys have been to this place...lets share your experience with me. Write your comment below!. Krap Khun Kha.
 

Sunday, 17 August 2014

Afternoon tea....Anyone?

Kebelakangan ni kita kerap disajikan dengan macam2 produk...sama ada untuk kecantikkan mahupun kesihatan. Orang ni makan produk tu...kita pun nak. Orang tu makan produk ni....kita beli jugak. Tapi kita makan tak habis... lepas tu kita kata produk tu tak sesuai.

Saya pun ada perangai yang sama..hehehe. Orang bagitau pasal produk..kita pun nak. Tapi orang tu minum/makan sampai abis..tapi saya punya masih ada dalam fridge atau dalam cabinet. Anak dara saya tanya tempohari..."tu nak buat hiasan ke ibu?".. Saya diam je. Malas nak layan. Ngeeee

Sebelum kita try produk yang mahal2..apa kata kengkawan try teh pudina ni or mint tea. Banyak khasiatnya daun herba ni. Murah je. Kat pasar, beli secekak baru seringgit. Jimat betul kan? Pudina atau mint atau menthe(dalam bahasa Greek) tergolong dalam family Labiatea. Setakat yang saya
baca, khasiat pudina ni antaranya :-

-sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
-bertindak sebagai antiseptic,antiparasit dan antivirus
-minyak yang diperbuat dari daun pudina boleh menghilangkan rasa loya
-minyak pudina juga boleh meningkatkan daya tumpuan (saya terbaca dalam Wikipedia tentang daun ini menyatakan, orang Greek zaman dulu kala guna daun ni yang dipintal jadi hiasan kepala untuk dipakai oleh anak mereka ketika belajar-salah satu ajen untuk meningkatkan daya tumpuan)
-ekstrak daun ini juga baik untuk kesegaran nafas
-penyelidikan menunjukkan yang daun pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukkan tumor
-ia melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid (kepada yang selalu menderita senggugut...boleh rendam daun ni dalam air panas dan minum)
-menjadi sumber galakan,the pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini membantu melegakan batuk berkahak dan kesakitan dada.

Di negara Thailand, penggunaan pudina ni sangat famous dalam penyediaan laab atau salad berdaging. Sedap sangat.
Ia murah. Mudah. Apa kata kita cuba?

(info from http://panduan-tips-petua.blogspot.com/2014/04/18-khasiat-dan-kebaikan-daun-pudina.html , http://en.wikipedia.org/wiki/Mentha )